Terima kasih PAS... bukti kita boleh bekerjasama

Bajet 2018 sudahpun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada Selasa, syukurlah.

Walaupun ada drama pada malam 20 November lalu selepas Pakatan Harapan cuba mensabotaj Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Nyaris-nyaris kerajaan kalah dan jika berlaku KPDNKK tak ada peruntukkan untuk 2018, namun tindakan dua Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang) yang mengambil tindakan berkecuali semasa undi belah bahagian tersebut membuktikan UMNO dan PAS sememangnya boleh bekerjasama.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharom berkata, kedua-dua parti itu boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan semua terutama dalam isu membabitkan umat Islam. ?

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, banyak lagi masalah lain yang dihadapi masyarakat Islam terutama golongan muda seperti penagihan dadah, kes buang anak dan mat rempit yang perlu ditangani bersama.?

“Saya mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Parlimen PAS tersebut yang tidak mengundi untuk pembangkang, sepatutnya memang perlu macam itu, barulah kita jadi kuat.

“Pas dan UMNO kena sentiasa berpakat, apabila berkaitan benda kebaikan dan kebajikan terutama untuk orang Islam kita perlu ketepikan bab parti.

“Saya tahu di kawasan saya (Kubang Pasu) saya tidak mungkin menang (kerusi Parlimen) jika orang UMNO saja undi saya, saya menang kerana undi orang PAS, kita sama berbaik dan pakat molek-molek, sebab itu saya menang banyak dengan majoriti 10,444 undi,” katanya semasa berucap di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri Kelantan di Kota Bharu Selasa.

Pada 20 November lalu, sebanyak 52 Ahli Parlimen bersetuju, 51 orang tidak bersetuju manakala dua dari PAS berkecuali dalam proses pengundian belah bahagi yang membolehkan kerajaan menang tipis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana