Ini Cara PR.....Cerdik Azmin & DAP, Batal 1, Lulus 3, Pakat Menipu Namanya
KALAU ikui guruh dan gempita sejak disebut Rafizi kelmarin, Azmin dah menghadap apa benda jawatankuasa dalam PKR untuk jelaskan kenapa 3 pembinaan lebuh raya diluluskan di Selangor, bila polisi Pakatan ialah anti kepada semua jenis tol kerana taknak rakyat terbeban, kononnya. Tapi setakat ini tidak ada apa, penulis pun dah agak. Selain yang nak panggil pun Rafizi (ala-ala auuww gitu), Azmin sudah jadi terlalu berkuasa dalam PKR sekarang, sampaikan nak halang dia cabar Azizah pun, Anwar terpaksa letak diri di tengah-tengah masa pemilihan hari tu. Lepas pencalonan ditutup baru Anwar tarik diri. Itu masa Anwar bebas, sekarang Anwar dah ke dalam, faham sajalah. Bolehlah cakap depan press, nak panggil Azmin konon, tapi tunggulah panggil ke tidak, rasanya macam tak. Sebetulnya, selain Azmin, ada isu lebih besar dari itu, iaitu DAP. Jika kita kenang-kenang dalam soal KIDEX ni dulu, selain penduduk kawasan itu, DAP paling kuat membantah. Siap arah sorang du...