Wowww....PANAS... Arul Kanda nak berentap live dengan Tony Pua... TANPA SYARAT

Bos 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy bersedia untuk menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk berdebat secara terbuka tanpa syarat selepas Ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu enggan meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan berjumpa Tony Pua untuk talk show secara langsung di televisyen atau debat tanpa sebarang syarat.

"Saya tidak sabar untuk menjawab soalan-soalan Tony Pua," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Sebelum itu Arul berkata beliau mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya

Khamis lalu, Pengerusi DAP Selangor itu yang lantang mengkritik 1MDB, mencabar Arul Kanda berdebat dengannya menerusi siaran langsung di televisyen, bagi membuktikan segala dakwaannya adalah salah.

Arul Kanda ketika menyahut cabaran Tony Pua itu meletakkan syarat wakil rakyat berkenaan perlu melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu, bagi mengelakkan wujud sebarang konflik kepentingan dan mengekalkan integriti siasatan jawatankuasa itu berhubung 1MDB.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, RTM sedia menyiarkan perdebatan antara Arul Kanda dan Tony Pua secara langsung.

Salleh berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan perdebatan itu secara langsung membuktikan keterbukaan kementeriannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana