Anda Bayangkan Lah.....Yuran Pengajian Universiti Awam Antara Terendah Di Dunia - Zaini Ujang

KUALA LUMPUR: Yuran bagi pelajar Malaysia di universiti awam di negara ini ialah antara paling rendah di dunia dengan kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar untuk tempoh pengajian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, contohnya pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membayar yuran sekitar RM2,000 setiap tahun bagi kursus ijazah kejuruteraan dan RM1,500 setahun untuk kursus ijazah perniagaan.

Memandangkan pendapatan isi rumah bulanan purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia membelanjakanhanya tiga peratus daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengulas Forum Ekonomi Dunia dan laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia ialah negara kelima paling mahal untuk akses kepada pendidikan universiti dalam konteks pendapatan isi rumah.

Menurut laporan itu, yang merujuk kepada 20 universiti awam dan menyatakan bahawa purata isi rumah di Malaysia membelanjakan kira-kira 55 peratus daripada yuran pengajian di universiti awam.

Bagaimanapun, Zaini berkata, kementerian akan terus bekerjasama dengan pertubuhan dan agensi-agensi untuk meletakkan tanda aras termasuk keberkesanan dan kecekapan sistem pengajian tinggi.

"Kita juga akan berkomunikasi dengan Forum Ekonomi Dunia dan agensi-agensi penarafan yang lain untuk memberikan pandangan yang lebih baik dan data yang sesuai bagi memastikan laporan yang tepat dan boleh dipercayai," katanya.

Menurut Zaini, akses kepada kemampanan kewangan pengajian tinggi adalah keutamaan bagi kementerian untuk memastikan bahawa pengajian tinggi boleh diakses oleh setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman pelajaran dengan tambahan untuk pelajar yang mencatatkan pencapaian tertinggi.

Pada 2013 dan 2014, 75 peratus daripada pelajar Malaysia di universiti awam mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN untuk menampung yuran mereka, serta kos sara hidup, katanya.

Katanya, pelajar tempatan juga mendapat manfaat daripada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh yayasan dan agensi kerajaan serta kelayakan bagi biasiswa MyBrain15 bagi semua pelajar lepasan ijazah. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana