Jangan kacau kerusi kami - Ingatan PAS Selangor Kepada Politik PKR DAn DAP

SHAH ALAM: Tindakan DAP yang ingin bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), kata PAS Selangor.

Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad, PAS akan memastikan tidak berlakunya pertandingan 3 penjuru pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

"Kita belum buat keputusan lagi sebab kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN jadi bermakna setakat ini keputusan PAS, kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita, kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu PAS tidak akan bertanding 3 penjuru," katanya ketika ditemui pemberita pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, di sini.

Tegas Iskandar yang juga ADUN Cempaka, sekiranya DAP meneruskan hasrat untuk merampas kerusi milik PAS, maka PAS juga tidak berganjak untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Kita akan pertahankan kerusi kita, kita akan tetap bertanding. Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi PAS), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan PAS, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.

"Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah," katanya di lobi DUN Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman pula mengesahkan PAS Selangor maklum akan hasrat DAP Selangor itu.

"Sebenarnya kenyataan Tony adalah kenyataan yang sama bunyi yang dikeluarkan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dahulu, saya tidak pasti adakah Tony membawa suara Amanah kerana Menteri Besar Selangor telah sebut bahawa Amanah tidak ada tempat di negeri ini. Kita kena tanya dia.

"Tapi apapun di peringkat kita (PAS) sudah bersedia dan kita telah nytakan kita akan kekalkan kerusi kita dan tidak ada nak lepaskan kepada mana-mana pihak," ujar Khairuddin.

ADUN Paya Jaras itu turut memberikan amaran kepada DAP supaya tidak mengganggu kerusi milik PAS sekiranya mahu kerusi berkenaan terus berada di tangan pembangkang.

"Tiga penjuru atau 2 penjuru kena tanya DAP, pada kita PAS berhadapan dengan BN, itu jelas," ujar Khairuddin.

"Satu cara untuk elak 3 penjuru adalah DAP dan Amanah jangan masuk kerusi PAS, kalau masuk 3 penjuru", katanya.

Awal hari ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata parti itu boleh memenangi lapan kerusi DUN milik PAS sekiranya bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jika pertandingan tiga penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, DAP tidak menghadapi masalah untuk memenangi kerusi berkenaan.

Lapan kerusi dimaksudkan oleh Pua itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras and Meru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana