PANAS...isu video orang seiras 'Tajuddin Ramli' kutuk sakan Dr Mahathir

Ini kes berat.Mahu tidak mahu tokoh korporat terkemuka Tan Sri Tajuddin Ramli perlu tampil segera untuk cakap mengenai klip video memaparkan seorang lelaki seiras wajah beliau sedang ‘cakap belakang’ kutuk sakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai yang merasakan beliau perlu beri penjelasan seperti mengesahkan atau menafikan dan sebagainya samaada orang dalam klip video itu adalah dirinya.
 
Klip video berdurasi 8:31 minit ini yang sudah beredar di laman facebook We Are Not Malaysian Zombies https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/2153449271540522/UzpfSTE3NjQwOTI0MjUzODg1NDo5MDM0NTkzNzk4MzM4MzM/  sejak dua hari lalu dipercayai dirakam secara sulit semasa orang itu sedang berbual dengan beberapa orang rakan.
 
Lokasi ia dirakam dipercayai mungkin sebuah restoran atau coffee house.Bila dirakam tidak diketahui.
 
Tajuddin bekas Pengerusi Esekutif MAS,bekas tauke Celcom dan sebilangan perniagaan besar diketahui umum rapat dengan bekas Perdana Menteri itu semasa zaman pentabirannya serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
 
Selain itu Tajuddin berasal dari Kedah.
 
Dari nada perbualan orang yang seiras Tajuddin dalam klip video itu nyata dia tahu banyak cerita..
 
Antara yang sangat menarik dari perbualan dalam klip video itu orang berkenaan menyuarakan pandangan peribadi mengenai gelagat Dr Mahathir hendak bertanding kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14.
 
Dia juga memperlekehkan dakwaan Dr Mahathir nak ‘Selamatkan Malaysia’.
 
‘Dia kata nak Selamatkan Malaysia sepatutnya kita selamatkan Malaysia dari Mahathir’,katanya disambut gelak ketawa mereka dalam perbualan itu.
 
”Dia nak balik Langkawi buat apa…dah lepas…lepas habislah…kita pun tak kacau,”katanya.
 
Orang berkenaan juga menilai selama ini orang Langkawi tidak dapat faedah banyak dari pembangunan di Langkawi.
 
Baginya status bebas cukai pulau itu cuma untuk bagi orang tempatan seronok saja.
 
”Tapi apa untungnya pada orang Langkawi…tak pernah untung…seronok…seronok duty free island.
 
”Tapi dia habak aku yang bagi duty free ini…you must remember me,”katanya.
 
Sebaliknya orang itu berkata mana ada anak Langkawi yang sampai hari ini jadi pengurus hotel besar di pulau itu.
 
“Selepas berapa tahun…adakah anak Langkawi jadi General Manager hotel di Langkawi…kosong”.
 
Juga katanya kebanyakan barang-barang yang dijual di Langkawi bukan barang tempatan tetapi dibawa dari Indonesia dan Thailand.
 
Orang berkenaan juga mempersoalkan bekas Perdana Menteri itu membina ‘cabinet room’ dekat Gunung Raya dimana rakan baik Dr Mahathir yakni seorang ahli perniagaan memiliki tanah.
 
Bagi pandangannya tidak ada gunanya ‘cabinet room’ itu dan sebaliknya kerajaan perlu bina jalan ke situ yang secara tidak langsung untungkan seorang ahli perniagaan berkenaan.
 
”Gunung Raya itu saya hairan pasal apa Mahathir buat cabinet room.Meeting berapa kali…sekali.Kalau dia menang dia buat Parlimen lah (sambil ketawa).
 
”Bila saya tanya…tanya...tanya…oh ada sebabnya.Sebabnya keliling Gunung Raya tiga empat ekar tanah dipunyai ( dia sebut nama seorang ahli perniagaan terkenal) …(ahli perniagaan itu) nanti pi buat earth station...baguslah
 
”Tapi cabinet room itu tak pakai pun lepas itu..kerajaan dah belanja dah duit buat bangunan itu…siapa pun tak guna dah…orang Langkawi payahlah nak pi...jadi jalan dia buat untung kawan dia (ahli perniagaan itu)…”
 
Orang itu juga bercakap mengenai ‘ land grab’ di Langkawi oleh kalangan ahli perniagaan bila dapat tahu awal sesuatu pembangunan hendak dilaksana di pulau itu.
 
Dia juga cerita mengenai Datuk Seri Mukhriz Mahathir sewaktu jadi Menteri Besar Kedah dulu yang disifatkannya sebagai ‘ budak muda’.
 
Ikut cakapnya Mukhriz kerap adakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sebuah hotel Kuala Lumpur.
 
”Mukhriz jarang buat (mesyuarat) Exco di Kedah…(selalu) buat di KL…dekat Hilton
 
Dakwanya dia pernah pergi bersama Daim untuk jumpa Mukhriz di situ.
 
Ikut cakapnya dia merungut kepada Daim yang jumpa Mukhriz dari waktu Asar sampai waktu Maghrib.
 
”I tanya Daim...you sembahyang?….how can you submit yourself to budak muda ini sampai lupa kepada Allah ( sembahyang Asar),”katanya.
 
Katanya waktu itu di situ ada Exco Kedah seperti Datuk Tajul Urus dan Datuk Ku Rahman Ismail.
 
Orang itu juga menilai Mirzan Mahathir sebagai orang yang tidak ada kualiti.
 
Juga agak menarik orang itu cerita pasal Dr Mahathir arah dia beli saham MAS.
 
Ini dipercayai merujuk kepada isu saham MAS dibeli Tajuddin dimana kerajaan rugi banyak duit.
 
“Waktu itu harganya RM3 ( sambil beritahu rentetan bagaimana jumpa Dr Mahathir bersama Daim dan Allahyarham Tan Sri Yahaya serta bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Tan Sri Ali Abol Hassan ) ..we came down from Hatyai.
 
”No this is too expensive...I will not pay more than RM5…I cannot affrord that...I will not be able to pay…lepas itu Daim kata ikut cakap PM.
 
Selepas itu  orang itu kata,” If I say no  I would be dalam Kamunting ( dipercayai rujuk ISA).

Orang itu juga mendakwa Dr Mahathir berdendam dengan UMNO ekoran kekalahannya dalam pilihanraya umum 1969.

Dakwanya gara-gara itu bekas Perdana Menteri itu mahu UMNO mati sebelum dia mati- 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL