BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Keputusan Barisan Nasional (BN) negeri mengekalkan 17 bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN), selain menampilkan semula tiga bekas pemimpin ‘otai’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, diyakini mampu mengekalkan penguasaan BN di negeri ini.

Selain mengekalkan 17 ADUN dan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) langkah BN negeri mengetengahkan 15 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) juga dianggap pilihan tepat kerana rakyat sudah berpuas hati dengan tugas dilaksanakan selama hampir empat tahun.

Tiga ‘otai’ yang ditampilkan semula pada PRU-14 adalah bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu, bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera (Chukai) dan bekas ADUN Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh (Permaisuri).

Kehendak, aspirasi rakyat

Manifesto tambahan BN negeri hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diadun daripada cadangan lapan Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin sayap parti merangkumi kehendak serta aspirasi semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda, mampu membantu BN memperoleh keputusan melebihi dua pertiga.

BN negeri berkeyakinan bukan sahaja boleh mengekalkan 17 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU lalu, sebaliknya optimis mampu menambah kemenangan antara tiga hingga empat lagi kerusi.

Bagaimanapun, Ahmad Razif belum bersedia untuk mengumumkan tiga atau empat kerusi DUN yang mampu dikembalikan kepada BN pada PRU yang akan diadakan Rabu ini.

Seorang pengundi yang mewakili generasi anak muda, Muhammad Nor Firuddin, 26, dari Kampung Masjid Haji Kadir, berkata manifesto BN menarik minat golongan belia berusia 21 tahun ke atas untuk terus menyokong BN, terutama aku janji mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan.

Peluang golongan muda

Katanya, selain itu impian dan peluang golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri juga turut dijanjikan apabila kerajaan BN akan membina 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM).

“Kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap golongan muda, terutama yang sudah mendirikan rumah tangga, selain peluang pekerjaan.

“Alhamdulillah, impian golongan muda untuk memiliki rumah sendiri akan dilaksanakan kerajaan BN apabila berjanji untuk menyediakan sebanyak 40,000 unit RMM selain menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Seorang warga emas, Habsah Mat Zain, 67, dari Kampung Pasir Panjang, di sini, berkata manifesto tambahan kerajaan BN itu sudah merangkumi dan memenuhi setiap impian rakyat, termasuk bantuan serta insentif disediakan bermula daripada bayi dilahirkan sehingga dewasa, cukup sempurna.

“Walaupun parti pembangkang juga turut menawarkan pelbagai aku janji, kebanyakan manifesto itu sudah dan akan dilaksanakan kerajaan BN.“Berdasarkan pelbagai aku janji pembangkang pada PRU lalu, masih banyak janji yang belum dilaksanakan ketika PAS memerintah negeri ini bermula 1999 hingga 2004,” katanya.

Zainon Batin, 58, dari Kampung Gong Penaga, berkata walaupun pelbagai isu dibangkitkan untuk mengelirukan pengundi termasuk membangkitkan soal kelulusan calon, tetapi melaksanakan setiap tanggunjawab diamanahkan menjadi keutamaan rakyat.

“Buat apa memiliki kelulusan tinggi, tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan, terutamanya selepas selepas memenangi kerusi.”Calon BN yang ditampilkan untuk bertanding sentiasa mendampingi rakyat dan walaupun belum berjawatan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana