Tol motosikal Jambatan Pulau Pinang hapus jika BN menang negeri…. PM
Sekarang ini penunggang motosikal yang guna Jambatan Pulau Pinang yang pertama kena bayar tol RM1.40 manakala Jambatan Sultan Abdul Halim yakni jambatan kedua RM1.70.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat akuijanji untuk hapuskan tol motosikal itu jika BN berjaya tawan negeri Pulau Pinang pada pilihanraya umum ke 15 ini.
Beliau memberitahu demikian semasa berucap pada majlis Bersama Perdana Menteri di Balik PUlau Khamis.
Pada majlis itu Perdana Menteri melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang yang kesemuanya bernilai RM1.64 bilion.
Dua belas projek itu adalah pembinaan blok klinik pakar dan wad bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP), pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HPP, pembinaan kuarters HPP, menaik taraf HPP fasa II, menaik taraf perkhidmatan transplan HPP termasuk pemindahan sum sum tulang jenis allogeneik dan pembinaan Kolej Jururawat Kepala Batas di Bertam.
Projek lain adalah menaik taraf sistem pendingin hawa berpusat di dewan bedah dan sistem elektrik Hospital Bukit Mertajam, pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Perda, menaik taraf Hospital Seberang Jaya, pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di daerah Barat Daya dan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau.
Najib berkata 12 projek itu adalah insiatif berterusan oleh kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.
"Memang benar, kita bagi macam-macam untuk Pulau Pinang. Dalam tempoh masa lima tahun ini, kita telah bagi RM4 bilion untuk Pulau Pinang. Kita tak abaikan Pulau Pinang. Kita akan teruskan projek ini dan hari ini kita lancarkan 12 projek," katanya.
Beliau berkata pelancaran projek-projek itu juga adalah bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan setiap janjinya dan memberi jaminan untuk melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini sekiranya BN berjaya menang di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Hari ini saya akan terus bangunkan Balik Pulau. Hat besaq-besaq (projek yang lebih besar) ini tunggu kita menang dulu. Kalau hangpa nak (projek) besar bagi (BN) menang dulu Pulau Pinang ini. Hangpa kena bagi (BN) menang dulu," katanya.
Najib berkata hanya BN yang mampu memberikan masa depan lebih terjamin dan ia terbukti berdasarkan rekod cemerlang parti itu dalam mentadbir dan membangunkan negara.
Najib berkata kerajaan DAP Pulau Pinang telah gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sepanjang tempoh 10 tahun memerintah negeri itu.
"Apa gunanya cakap tapi tak ditunaikan. Cakap memang senang. Tapi bila kita cakap, keluarkan sesuatu janji, BN tepati janji," kata beliau.
Najib turut menyelar kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwa meluluskan 39 projek lereng bukit sepanjang memerintah negeri itu berbanding kerajaan BN sebelum ini yang hanya meluluskan empat projek lereng bukit.
Perdana Menteri berkata BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menjaga kesejahteraan rakyat dengan telah menunaikan 99.4 peratus daripada janji-janji dalam manifestonya lima tahun lepas.
Beliau berkata rakyat perlu meletakkan harapan kepada BN jika inginkan masa depan yang terjamin dan maju, dan bukannya kepada pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan berbeza dan tidak bertanggungjawab.
"Bolehkah kita nak harap pada orang umur 93 tahun. Hari ini cakap lain, esok cakap lain...saya tengok dalam video baru-baru ini dia duduk di tengah, sebelah kanan Mat (Mohamad) Sabu dan kiri (Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail dan dia boleh cakap dia tak tangkap siapa pun," kata beliau.
Najib berkata kenyataan Mahathir itu tidak betul kerana realitinya bekas perdana menteri itu pernah menangkap Mat Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"(Dia) selamba kata saya tak tangkap sesiapa. Takkan sampai begitu, bertanggungjawablah...jangan tipu," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan 22 ambulans baharu untuk fasiliti kesihatan di Pulau Pinang dan meluluskan RM10 juta untuk pembinaan jejantas di Kampung Seronok, Bayan Lepas.

Comments