Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti

SEREMBAN: Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti tetapi sebaliknya menekankan bagaimana beliau boleh berkhidmat kepada rakyat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat berkata demikian selepas penyandang kerusi DUN tersebut Aminuddin Harun daripada PKR mengeluarkan kenyataan bahawa Syamsul tidak mampu bertahan lama dalam politik.
Syamsul berkata, baginya perkara yang paling diutamakan buat masa ini ialah perkhidmatan yang bagaimana boleh beliau beri kepada pengundi di DUN Sikamat agar masalah setempat dapat diselesaikan, yang antaranya kemudahan awam, peluang menjana ekonomi dan pembangunan.
"Sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan permasalahan rakyat, saya semestinya perlu menjadi seorang yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sebab itu kita menggunakan slogan “Bukti, Bukan Sekadar Janji”.
"Kita tidak mahu melaksanakan pembangunan ataupun projek-projek yang memberi impak yang kecil kepada rakyat, jika saya diberikan mandat, saya akan menjalankan gerak kerja yang menjadi keutamaan rakyat bukannya menjalankan gerak kerja dengan sesuka hati," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Program Jualan Sentuhan Rakyat DUN Sikamat di sini, Ahad.
Selain itu, Syamsul juga berjanji untuk membawa kemudahan akses kepada perkhidmatan kerajaan ke DUN Sikamat seperti yang berada di DUN Ampangan iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC) kerana kawasan ini berada di pinggir bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
"Penawaran akses khidmat kerajaan di DUN Sikamat adalah merupakan tindakan saya untuk masa panjang penduduk di sini, di samping beberapa pembinaan kemudahan asas.
"Selama ini pun jika dilihat pihak pembangkang tidak menjalankan apa-apa pembangunan di Sikamat malah hampir kesemua pembangunan di sini adalah atas usaha Kerajaan BN yang memerintah negeri ini," katanya.
Program Jualan Sentuhan Rakyat atau Pasar Waghih Kito diadakan bagi membantu orang ramai terutama di DUN Sikamat dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Program tersebut menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus daripada harga pasaran bagi barangan runcit dan basah yang dibuka sejak 8 pagi telah dikunjungi kira-kira 1,500 pengunjung dari dalam dan luar daerah Seremban.
Terdahulu, pada program Majlis Ramah Mesra Bersama Pesara Tentera dan Penduduk DUN Sikamat, di sini, Sabtu malam, Syamsul berkata, beliau akan membuat pendekatan secara sentuhan peribadi bagi mendekati dan memahami masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu.
“Tumpuan saya untuk ke surau-surau setiap waktu untuk bertemu jemaah bagi kariah sekitar DUN Sikamat, ia sebagai salah satu medium cara saya berkempen kerana semua sedia maklum bahawa surau dan masjid sebagai institusi masyarakat," katanya.
Syamsul Amri yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Seremban dicabar oleh Aminuddin Harun daripada PKR, yang merupakan penyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008, Rahim Yusof daripada PAS dan seorang calon Bebas, Bujang Abu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana