PKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi

Dalam minggu ni sahaja, berapa ramai ahli PKR yang luahkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan kerana meletakkan bukan calon tempatan di kawasan mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  akan datang.

Rata-rata mereka yang keluar parti ini adalah kerana semangat reformasi yang telah mereka tanamkan sejak dahulu, dibuang begitu sahaja tanpa suara mereka didengar.

Terbaru, Ketua Cabang PKR Pasir Salak, Noor Azwan Ramli menyifatkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati kepercayaan akar umbi
kerana meletakkan calon yang tidak pernah menabur bakti di sesebuah kawasan.

Menurut Noor Azwan, pemilihan yang dilakukan pimpinan parti jelas tidak realistik, sangat tidak adil serta jauh menyimpang daripada semangat reformasi yang bukan sahaja akan merosakkan parti, malah memperlihatkan sikap Wan Azizah yang degil dan kemaruk kuasa.

"Wan Azizah jelas tidak memahami hasrat akar umbi, justeru tindakannya yang langsung tidak membuka ruang perbincangan di peringkat cabang amat salah khususnya kepada se­mua ahli parti yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama PKR di merata tempat.

“Jika cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia sudah tidak lagi bernilai di mata Presiden PKR dalam soal pemilihan calon, maka sewajarnya dibubarkan sahaja segala bentuk sistem organisasi yang telah diwujudkan.

“Tindakan Presiden PKR ini telah menghina setiap ahli parti di seluruh Malaysia. Politik murahan seperti ini tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana kepemimpinan gabungan pem­bangkang PKR,” ka­tanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Pasir Salak, pada Khamis.

Tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan kelemahan dan keangkuhan kepemimpinan peringkat Pusat apabila langsung tidak mengkaji populariti calon dalam kalangan masyarakat setempat.

"Tindakan bersifat diktator oleh Wan Azizah dengan meletakkan nama-nama calon pilihannya sendiri menunjukkan seolah-olah demokrasi telah mati dalam PKR.

“Segala masa, tenaga dan wang ringgit yang saya berikan kepada parti ini se­perti sia-sia sahaja. Apabila tiba masanya, segala yang dikorbankan serta sokongan oleh akar umbi telah ‘ditongsampahkan’ oleh pemimpin berhati batu.

“Sedarlah Datin Seri Presiden bahawa ini bukanlah cara politik yang telah diajarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kami. Presiden PKR telah mengkhianati aspirasi dan semangat reformis Penasihat PKR yang kami hormati,” katanya.

Selasa lalu, bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar mengumumkan keluar parti kerana kepincangan yang berlaku oleh dalam tampuk pimpinan dan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Kemudian, pada Rabukira-kira 90 orang ahli PKR dari Kapar,Selangor berhimpun di depan ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaluing Jaya untuk suarakan bantahan terhadap pemilihan Datuk Abdullah Sani bertanding kerusi parlimen di situ.

Diikuti, Pengarah Lojistik DUN Bukit Melawati, Remy Iskandar yang mengumumkan akan keluar parti dan bertanding atas tiket bebas di DUN Bukit Melawati, atas alasan yang sama, tidak berpuas hati kerana PKR meletakkan  Sivamalar Ganapathy sebagai calon.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana