Mengharap Syamsul Debat merampas Sikamat...

Sudah 10 tahun DUN Sikamat dibawah penguasaan pembangkang. Sebelum  PRU12 pada 2008 Sikamat merupakan kubu kuat BN sejak PRU 1959 sehinggalah calon BN Datuk Md Yusop Harmain Shah yang kyang juga penyandang kerusi Sikamat ketika itu tewas kepada calon PKR, Aminuddin Harun dengan majoriti 499 undi.
Cubaan BN untuk merampas kembali Dun Sikamat gagal apabila, Aminuddin yang merangkap Pengerusi PKR negeri, sekali lagi berjaya mempertahankan kerusinya pada PRU13, dengan majoriti  sebanyak 510 undi, apabila menewaskan calon wanita BN, Wan Salwati Abdullah.
Usaha itu tidak terhenti begitu sahaja, bahkan kerja keras sedang giat dilaksanakan oleh BN bagi merampas semula Dun Sikamat dengan menurunkan tidak lain tidak bukan penceramah popular anak Negeri Sembilan Ustaz Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat 41.
“Saya orang Sikamat dan sudah lebih 10 tahun menetap di sini, jadi tiada masalah untuk bertemu dengan semua pengundi kerana mereka mengenali saya,” katanya yang merupakan calon BN kawasan DUN tersebut.
Menurut Syamsul, beliau tidak mencari populariti, tetapi mahu berkhidmat kepada masyarakat ketika membuat keputusan untuk bertanding.
“Saya minta diberi peluang untuk membuktikan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana sebagai penduduk, saya mahu membangunkan Sikamat dan membantu masyarakat di sini,” katanya.
DUN Sikamat menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Syamsul, Aminuddin Harun (PKR), Rahim Yusof (PAS) dan Bujang Abu (Bebas).
Aminuddin Harun merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.
Syamsul berkata, beliau akan bertanding secara berhemah dan setiap calon bertanding itu mempunyai kelebihan serta matlamat masing-masing.
“Siapa pun bertanding, mereka ada sebab sendiri tetapi saya akan buat terbaik dan pujuk pengundi untuk menginsafi supaya mereka membuat pilihan lebih baik kerana kesannya adalah untuk tempoh lima tahun mendatang dan kita mahu penduduk tidak tersilap membuat pilihan.
“"Popular itu perkara lain, apa yang penting meyakinkan pengundi yang saya memang nak berkhidmat kepada mereka.
“Ramai tidak tahu saya orang Sikamat sedangkan sudah 10 tahun saya menetap di sini,” katanya.
Beliau berkata, selepas ini beliau akan berkempen dan bertemu penduduk bagi mendengar setiap permintaan serta apa yang diinginkan mereka selepas PRU-14 ini.
Menurutnya, setakat ini maklum balas diterima amat baik dan penduduk senang menerima kehadirannya.
DUN Sikamat akan dijadikan sebagai DUN  tumpuan paling tinggi untuk dirampas kembali oleh BN, yang mana mahu mencapai penguasaan dua pertiga dalam DUN negeri ini.
Untuk rekod, daripada 36 kerusi DUN, BN hanya mempunyai 22 kerusi, selebihnya adalah milik pembangkang (11 DAP, tiga PKR)
Difahamkan BN Negeri Sembilan mensasarkan untuk menawan sekurang-kurangnya empat kerusi DUN yang mana salah satunya adalah kerusi Sikamat, selain Parlimen Seremban dan Port Dickson.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana