Kisah jet peribadi sudah kena ‘tangkap basah’…awas lakonan terbaru Dr Mahathir

ha…ha.Dengar cerita ramai yang masih tidak tahan dok gelak berguling guling bercakap pasal gempak sakan Tun Dr Mahathir Mohamad ada orang sabotaj jet peribadi yang beliau nak guna ke Langkawi kelmarin.
 
Belum sempat hangat nak hasut dan raih simpati pengundi PRU14 konon ada cubaan nak bunuhnya menerusi dakwaan sabotaj itu…sudah kena ‘tangkap basah’ atau dalam Bahasa Inggeris orang sebut ‘caught redhanded’.
 
Ini selepas tindakan segera Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) buat siasatan pada Sabtu semalam untuk buat kepastian dapati tidak ada langsung sebarang tanda tanda sabotaj keatas jet peribadi itu.
 
Faktanya ialah tayar depan sebelah kiri Vista Jet itu kurang angin dan tidak ada tayar ganti untuk tukar maka jet itu tidak dapat terbang ke Langkawi.
 
Seperti dijangka sekalipun keputusan siasatan CAAM itu sudah diumumkan menerusi kenyataan rasmi Pengerusi badan itu Datuk Seri Azharuddin Rahman petang Sabtu namun Dr Mahathir masih terus dengan drama ‘ buat kering’ mempertahankan dakwaan sabotaj itu.
 
Bercakap dihadapan 600 hadirin pada ceramah di Langkawi Sabtu malam pembesar utama pakatan pembangkang itu tambah lagi ramuan cerita kononya beliau cuba menghubungi tiga rakannya untuk meminjam jet mereka ke Langkawi setelah jet asal tidak boleh pakai.
 
Dakwanya salah seorang dari rakanya memaklumkan telah diberi amaran untuk tidak meminjamkannya kepada beliau.
 
Siapakah rakan itu dan kalau betul ada ugutan dari pihak tertentu agar jangan bagi pinjam jet kepada Dr Mahathir kenapa tidak terus buat laporan polis kerana ia melibatkan soal jenayah.
 
Bukankah Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun sendiri sudah cakap polis cuma akan bertindak menyiasat jika ada laporan melibatkan jenayah dari kes itu.
 
Memang lawak…seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun boleh berlakon macam orang tidak faham peraturan.
 
Semua orang tahu dakwaan cuba sabotaj pesawat apa lagi nak bunuh seorang bekas pemimpin negara dalam suasana nak pilihanraya adalah sesuatu cukup serius dan tidak boleh main-main.
 
Apakah Dr Mahathir takut nanti siasatan polis juga dapati beliau gempak lebih seperti juga hasil siasatan CAAM keatas pesawat?
 
Hebat juga ego bekas Perdana Menteri ini sampai seolah beri gambaran beliau hanya layak naik jet peribadi ke mana mana.
 
Sebenarnya itulah gelagat beliau pun selama ini naik jet peribadi ke sana sini.
 
Gambaran itu dapat dilihat dari dakwaanya bahawa cubaan sabotaj dan sekat beliau guna jet lain kerana ada orang seboleh-boleh nak sekat beliau ke Langkawi untuk hadir penamaan calon pagi Sabtu.
 
Bodoh sangat ke orang  tidak boleh fikir…macamlah tidak ada penerbangan biasa MAS dan Air Asia ke Langkawi atau berkereta dan sebagainya.
 
Kita boleh faham Dr Mahathir sangat terdesak untuk menang kerusi Parlimen Langkawi dan akan berusaha kempen memburukkan kerajaan sedaya mungkin tetapi gelagat drama ‘dakwaan kosong’ seumpama ini sudah sampai tahap sangat keterlaluan.
 
Kehebatan beliau boleh buat ‘muka kering’ cakap apa saja sesuka hati inilah yang dikatakan membuatkan kalangan pimpinan pakatan pembangkang cukup seronok ada Dr Mahathir sebagai prisai mereka untuk hentam kerajaan dalam kempen pilihanraya.
 
Ikut cakap sumber-sumber dalaman pakatan itu sebagai bekas Perdana Menteri tentu adanya unsur ‘segan segan’ dikalangan pihak berkuasa bertindak keatasnya sekalipun sebar ' fake news'  main cakap lepas saja seperti dakwaan sabotaj jet.
 
Selain itu mereka menaruh harapan apa saja cakapnya ‘lebih laku’ di kaca mata orang ramai dan orang tidak berani pertikai.
 
Maka tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis di Jerantut beberapa hari lalu secara terbuka menobatkan Dr Mahathir sebagai ‘pelakon terbaik’ yang wajar dapat anugerah atas kepura-puraanya.
 
Sebelum ini satu Malaysia sudah tercengang dan terkejut melihat segala mak nenek U-turn dibuatnya termasuk ‘mengsucikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
 
Mungkin baginya apa sangatlah main tembak saja peluru kapor pasal kisah sabotaj jet pula.
 
Ibarat kata untung sabut timbul…orang percaya.
 
Tempoh kempen PRU14 ada banyak hari lagi sehingga hari pengundian 9 Mei...jadi jangan terkejut jika Dr Mahathir tampil dengan lakonan lakonan sensasi baru yang layak dicalon untuk Academy Award.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana