KENALI MARIAM MOKHTAR! DIA SEORANG LIBERAL YANG MAHUKAN PERUBAHAN DALAM ISLAM

Penulis dan aktivis sosial kontroversi Mariam Mokhtar dilihat cuba memperjuangkan perubahan mengikut rentak dan caranya yang tersendiri yang jelas tidak bersesuaian dengan apa yang diperlukan di negara ini. Tuntutan dan perubahan yang mahu dibuatnya dilihat bersifat politik dan anti Islam.

Mungkin disebabkan beliau seorang yang liberal jesteru itu perubahan itu mahu dilakukannya di Malaysia dengan harapan agar negara ini menjadi sebuah negara yang liberal seperti negara-negara barat lain yang mengamalkan kebebasan.

Persoalan yang timbul di sini, apakah cara yang cuba dibawa Mariam Mokhtar ini boleh menyelamatkan Malaysia sedangkan akidah beliau sendiri sebagai seorang Islam juga boleh dipertikaikan. Ini kerana terkesan beberapa gambar di mana Mariam sedang memegang anjing dan memakai topi krismas.

Sebelum itu, timbul satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mariam yang mana telah mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mengkritik amalan yang melarang meletakkan nama bapa angkat kepada anak angkat sebagaimana yang diamalkan umat Islam di Malaysia.

Tindakan ini katanya, bakal menyebabkan lain-lain pihak mengetahui status anak tersebut sebagai anak angkat dan menimbulkan tekanan kepada anak angkat tersebut. Menurutnya mempunyai nama dengan “Bin Abdullah”, ibarat telah ditandakan dengan lencana keanakharaman.

Tambah lagi, Mariam Mokhtar juga pernah menimbulkan pelbagai kontroversi menerusi penulisan-penulisannya sebelum ini bersama Free Malaysia Today (FMT), turut mencoretkan tiga kisah berkenaan kesan tag “bin Abdullah” kepada karakter Kiah, Anita dan Burhan di dalam penceritaan beliau.

 Selain daripada itu, pemimpin Islam juga tersenarai menjadi bahan kritikan Mariam. Sebagai contoh, baginya Presiden PAS adalah seorang yang menjengkelkan dan pemimpin parti itu sedang menghasut Bangsa Melayu untuk menolak Pakatan Harapan dengan mengaitkan Allahyarham Mursyidul Am PAS mempunyai ‘masalah’ dengan DAP.

Dalam pada itu, Mariam Mokhtar juga mendakwa bahawa, pada tahun 2015 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Presiden Parti PAS itu tanpa membuang masa terus menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO.

Baginya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang merupakan tali barut UMNO dan tidak boleh dipercayai. Hadi adalah pembuang masa, tali barut UMNO-Baru yang tidak boleh dipercayai. Mariam juga menuduh Dato’ Seri Abdul Hadi sebagai seorang yang membenci wanita dan gagal bersetuju dengan calon wanita sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendek kata, Mariam adalah seorang penulis dan aktivis yang hanya akan merosakkan negara dan agama Islam. Penulisan dan perubahan yang dibawanya jelas terpesong dan hanya mengikut acuannya sendiri. Malahan Mariam telah menyalah guna penulisannya sebagai senjata untuk melakukan perubahan dengan tujuan yang salah keranan ianya boleh menimbulkan kontroversi dan ketidaktentuan di negara ini.

Comments

Kk said…
Artikel yang tak guna
Unknown said…
Perlu menjalankan suatu revolusi mental terhadap sendiri supaya dapat memahami realiti dunia hari ini !
Unknown said…
Mariam Mokhtar berfikiran waras dan mengikut zaman. Kemananan dunia lebih penting dari politik semasa...
Unknown said…
Tidak bersetuju
Matjack said…
Setuju.. puak liberal laknatullah.
Zali said…
Golongan sesat ni, moga tuhan bagi hidayah, upnabi dah tinggal quran & hadis sebagai pedoman hidup umat islam
Unknown said…
Mariam mangkuk. Dirinya sendiri tiada pendirian. Tali barut Yaajuj Maajuj ni.
ABAH COW said…
Artikel sangat2 berguna... tidak ada yg bernas mengenai perkongsian beliau ... hanya puak2 liberal yg akan bersetuju dgn beliau..
Unknown said…
Di Malaysia ini, Perempuan Melayu ada seorang sahaja berani menegak Kebenaran dan Keadilan iaitu Pn Mariam Mokhtar. Bacalah penulisannya dengan hati yang terbuka.
Unknown said…
Setuju sgt dengan dakwaan @kk - artikel tak guna
Unknown said…
Mmg menyampah tgok nenek kebayan mariam mokhtar ni..pendapat dia bias
nak ikut mariam mokhtar apanya...quran kan ada...ikutlah alim ulama yg menjadi pewaris nabi...dah jelas dah apa yg nabi bawa tue betul...nak ambil selain alim ulama dan nabi tue pasaipa...JAGA2 FITNAH AKHIR ZAMAN NIE HALUS...alim ulama dijatuhkan...musuh islam di naikkan...🇵🇸


Unknown said…
Mariam Mokhtar good adviser and god
follower
Unknown said…
puiiiii...pi mampus laaaa

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL