Isu Tanah Ijok : Azmin Jangan Ugut SPRM Dan Alih Isu Sebagai Alasan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Sri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengugut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan niat mengalih isu berkaitan tanah di Ijok.

Jelas beliau, adakah Azmin berasa tertekan sehingga mengeluarkan kenyataan amaran terhadap Ketua Pusuruhjaya SPRM.

“Berdasarkan berita di laman-laman sesawang menyatakan Azmin memberi amaran supaya jangan cuba mengugutnya berkait tanah Ijok tapi sebenarnya siapa yang ugut siapa?

“SPRM hanya menjalankan tugas dan sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau tidah harus melatah dan jika tidak ada apa-apa yang hendak diselindungkan, berikan sahaja kerjasama. Janganlah sekadar alih isu dan menambahkan lagi kekeliruan terhadap rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambah Irmohizam, Azmin juga tidak perlu melaga-lagakan pemimpin UMNO serta menuduh UMNO pula yang mahu mengelirukan rakyat berkaitan isu ini.

“Mungkin Azmin berasa tidak selamat apabila menyedari rakyat Selangor sudah dapat melihat dan menghidu skandal tanah Ijok jadi dia berasa bangkai gajah yang cuba ditutup selama ini akan terhidu oleh rakyat.

“Justeru, saya mendesak agar SPRM menjalankan siasatan dengan segera agar kebenaran akan tersingkap,” tegas beliau. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana