DEMI ANAK, MAHATHIR SANGGUP BUAT APA SAJA – AZEEZ

Kesedia­an Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding atas tiket DAP bukan sesuatu yang mengejutkan ke­rana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sanggup berbuat apa-apa sahaja demi memastikan cita-cita anaknya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, rakyat boleh menilai betapa tingginya nafsu politik bekas Perdana Menteri itu walaupun diketahui DAP sebelum ini merupakan seteru nombor satu Dr. Mahathir sejak sekian lama.

Sebagai seorang anak Melayu, Azeez meluahkan kecewa apabila seorang bekas Presiden UMNO sanggup menggadaikan prinsipnya untuk bersama DAP.

“Sebelum ini sudah cuba menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri melalui UMNO, tetapi gagal.

“Kini buka parti baharu (PPBM) dan apabila saya membaca akhbar hari ini, beliau sanggup pula bertanding atas tiket DAP. Demi menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri, pelbagai cara hendak dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam ­ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), semalam.

Semalam, Dr. Mahathir yang terdesak untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) me­nyatakan kesediaan bertanding atas tiket DAP jika pendaftaran partinya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Mengulas lanjut, Azeez berkata, UMNO dan BN bagaimanapun tidak akan mempedulikan apa jua ramuan Dr. Mahathir untuk memenuhi impiannya, tetapi mendesak pembangkang agar tidak menjadikan fitnah sebagai senjata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Mengenai tindakan undang-undangnya terhadap Lim Guan Eng berikutan fitnah terhadap beliau dalam projek terowong dasar laut, Azeez berkata, beliau mahu ‘mengajar’ Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya tidak lagi menjadi ‘raja’ fitnah.

Beliau yang juga Pengerusi Lem­baga Tabung Haji mahu pemimpin DAP itu memohon maaf kepada UMNO, Barisan Nasional, Lembaga Tabung Haji dan penduduk kawasan Baling, Kedah yang merupakan kawasan Parlimennya disebabkan fitnah yang dilemparkan itu.

“Selama ini tiada orang mengajarnya, biar Ahli Parlimen Ba­ling dari UMNO yang ajar beliau,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL