SUDAH BERSEDIA UNTUK PRU-14?, TANYA NAJIB

Perdana Menteri dilaporkan bertanya sama ada rakyat terutama di Negeri Sembilan sudah bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam Majlis Bersama Rakyat Teluk Kemang di Port Dickson semalam sempena lawatan sehari di negeri itu.

“Saya lihat hari ini suasana di Teluk Kemang ini alhamdulillah. Adakah sudah bersedia. Sedia untuk apa?

“Kalau bersedia perang, gendang perang akan dipalu bila-bila masa sahaja. Adakah Teluk kemang sedia untuk perubahan,” tanya beliau di hadapan lebih 10,000 hadirin.

Dalam pada itu, Pengerusi BN itu berkata pihaknya menyasarkan menyasarkan kerusi Parlimen Teluk Kemang dan dua lagi kerusi DUN ditawan pada pilihan raya umum.

“Masa perubahan untuk Parlimen Teluk Kemang ini sudah sampai. Bukan sahaja di sini, malah tiga DUN lagi.

“Dan daripada 22 DUN yang dipegang, kita mahu 24 DUN ke atas pada PRU14,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar