PAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN

PAKATAN Harapan (PH) telah membuat kesilapan besar apabila menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya memenangi majoriti PRU-14 nanti.

Kesilapan itu telah menghakis ramai diantaranya. Kekecewaan ini jelas dapat dilihat bukan sahaja daripada luar PH tetapi juga dari dalam ahli PH sendiri.

Ia menyebabkan munculnya kumpulan yang berkempen supaya merosakkan undi ketika PRU-14 nanti.

Walaupun ada pihak yang mencemuh dan mengutuk cadangan tindakan itu tetapi sesuatu yang jelas ialah kumpulan berkenaan tetap berpegang pada prinsipnya, tidak hipokrit, tidak berdolak-dalik dan tidak berlakon walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan hukumnya haram bagi pengundi merosakkan undi.

Namun tinjauan mendapati sokongan terhadap kempen rosakkan undi ini kian bertambah.

Soalannya, kenapakah ramai yang menyokongnya?

Salah satu sebab utama ialah menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap senario politik negara ini.

Punca kekecewaan ahli kempen undi rosak itu mungkin berdasarkan kepada perbagai isu dan masalah semasa.

Ramai rakyat telah menaruh harapan baru kepada PH semoga dapat mengamalkan dan melaksanakan politik baru yang bersih, sebagaimana yang diuar-uarkan namun harapan ini musnah apabila PH menamakan Tun M sebagai calon Perdana Menteri.

Belum pun memegang kuasa masing-masing sudah berebut berbagai jawatan.

Tidak salah untuk memilih Tu M sebagai Perdana Menteri jika benar itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat tetapi silapnya ialah memilihnya sebelum pun pilihan raya.

Sepatutnya PH mengambil dan memegang prinsip demokrasi sepenuhnya tetapi yang ditunjukkan samalah juga dengan kleptokrasi sebagaimana yang dicop kepada UMNO.

Sepatutnya PH tidak menamakan sesiapa pun sebagai calon Perdana Menteri, malah tidak menamakan sebarang kabinet bayangan.

Sepatutnya PH memegang prinsip, mengamalkan, memaklumkan dan menghebahkan kepada rakyat bahawa PH akan memilih Perdana Menteri dan kabinet berdasarkan pemilihan atau undi majoriti ahli Parlimen yang terpilih nanti.

Beri peluang kepada semua untuk memilih Perdana Menteri.

Barulah benar-benar Perdana Menteri pilihan rakyat, kabinet pilihan rakyat dan kerajaan pilihan rakyat.

Namun masih belum terlambat bagi PH membuat pembetulan dan memberikan harapan baru yang lebih segar kepada rakyat.

ZANIA BUDI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana