Mahathir Gembira Bendera DAP Dalam Kampung Melayu...Apa Sudah Jadi Dengan Madey Ni?

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada dua penyokong pembangkang di Johor kerana memasang bendera DAP dalam kampung Melayu di negeri itu.
Mahathir malah memuat naik kenyataan salah seorang penyokong pembangkang terbabit, Azif Ishak yang menetap di Kampung Datuk Sulaiman Menteri (KDSM) di Johor bagi menunjukkan sokongannya di laman Facebook seperti berikut:

“Walaupun kami ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan tidak ada calon PPBM di sini, kami tidak kisah menganjurkan program untuk parti komponen. Tidak pernah sebelum ini anda dapat lihat bendera DAP dalam kampung 100 peratus orang Melayu.”

Mahathir menyertai menubuhkan PPBM selepas bertindak keluar daripada UMNO kerana usahanya untuk mengulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal.

Beliau kemudian berjaya dipancing oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Mahathir kemudian diangkat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan dipergunakan oleh pembangkang untuk memujuk orang Melayu menyokong pembangkang khususnya DAP.

Beliau turut dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh pembangkang jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi memperdayakan orang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana