Kerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih lagi gagal memuktamadkan agihan kerusi DUN dibeberapa buah negeri walaupun sudah melepasi tiga kali tarikh akhir yang ditetapkan Majlis Presiden.

Seperti yang dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, rundingan berkenaan masih berjalan.

"Agihan kerusi kita (PH) hampir selesai. Kita akan umumkan sebaik sahaja sedia untuk diumumkan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ditanya sama ada kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor sudah diputuskan sama ada milik DAP atau Amanah, beliau juga berkata ia belum diputuskan lagi.

Minggu lalu Dr Mahathir memberi tempoh sehingga Jumaat lepas kepada tujuh negeri untuk PH menyelesaikan agihan kerusi DUN, jika tidak Majlis Presiden PH  akan mengambil alih untuk memutuskan perkara berkenaan.

Namun, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH Selangor diberi tempoh sehingga Isnin depan bagi menyelesaikan rundingan itu.

Rundingan agihan kerusi PH di Selangor sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan pertikaian antara keempat-empat parti komponennya.

Kerusi yang menjadi pertikaian hangat parti komponen PH Selangor adalah 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN), dan 13 kerusi milik PAS.

Sementara itu, ditanya berkenaan 'amaran' supaya beliau tidak turun ke Pekan esok, Dr Mahathir berkata, itu merupakan pengakuan daripada Umno kawasan itu untuk membuat kekacauan.

Malah katanya, penduduk kawasan itu sedang menanti untuk menyambut kedatangan beliau esok.

"Itu pengakuan daripada Umno supaya dia (Umno) buat kacau orang lain tidak ada. Semua orang tunggu saya. Saya patut pergi dulu dah orang tunggu nak sambut saya. Sekarang ini Umno kata akan berlaku rusuhan siapa yang buat rusuhan itu jika tidak Umno?

"Apa nak takut sangat saya bukan boleh buat apa, saya bercakap sahaja tidak bawa senjata apa pun," ujarnya.

Semalam, Umno Pekan memberi amaran kepada Dr Mahathir bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Justeru, beliau dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok.

Dr Mahathir dijadualkan bakal turun ke kawasan Chini pada petang 28 Feb, sebelum melawat penempatan Orang Asli, selain dijadualkan berucap pada sebelah malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar