500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

Seramai 500 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Kampung Gajah berikar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera.

Ketua Cawangan PVTM Kampung Gajah, Haji Shamsuri Ahmad yang mengetuai kumpulan veteran itu berkata, kesemua anggota veteran amat menghargai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi keistimewaan berhubung kebajikan veteran tentera di seluruh negara.

``Banyak manfaat dan kemudahan yang diberikan kepada veteran antaranya bantua n kerusi roda, katil dan rawatan percuma seperti pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Angkatan Tetera dari Lumut dan jualan murah ini yang banyak membantu kami.

``Kami bersyukur dengan adanya manfaat seperti ini yang menunjukkan kepimpinan memberi perhatian kepada kebajikan veteran sekaligus membantu meringankan beban veteran," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Kampung Gajah pada Ahad.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Salak itu dirasmikan Pegawai Khas Menteri Pertahanan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Datuk Seri Tajuddin.

Sementara itu Dr Faizal berkata, sokongan mantap yang ditunjukkan   anggota veteran tentera  kepada kerajaan BN membuktikan mereka mahu kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri terus menerajui negara dan membela nasib veteran tentera.

Beliau juga berkata, mesyuarat agung PVATM yang kali pertama diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Salak berjaya mengumpulkan ramai veteran bersama ahli keluarga mereka.

Katanya, ia menyaksikan satu pendekatan baru yang diperkenalkan  oleh Kementerian Pertahanan di mana Kor Kesihatan dan pihak Pernama turun ke lapangan mendekati golongan veteran tentera.

``Bukan setakat bermesyuarat juga berlangsungnya aktiviti sampingan yang disediakan pihak Kementerian Pertahanan antaranya menyediakan perkhidmatan kesihatan dan juga jualan harga barangan Pernama pada harga murah untuk golongan veteran tentera.'' katanya.

Menurut DrFaizal ini juga merupakan hasrat dan inisiatif Menteri Pertahanan, Datuk Seri HishamuddinTun Hussain untuk melihat supaya agensi di bawah ATM memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anggota veteran dan keluarga mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana