Sallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?

SHAH ALAM: ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan kawasan kepadanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri Selangor sejak September lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang dipetik Harakahdaily berkata, dalam situasi biasa, pembekuan peruntukan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Namun menurut Sallehen, wujud kemusykilan apabila arahan pembekuan dikeluarkan sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond," dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah-olah seperti hendak mencari kesalahan, namun matlamat itu gagal kerana mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Sebelum ini Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri.

Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana