RINGGIT SEMAKIN MENGUKUH SELEPAS NAJIB BANTU COX’S BAZAR, ROHINGYA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong kenaikan harga minyak global, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 3.8650/8680 berbanding dolar AS daripada 3.8690/8720 pada Jumaat.

Harga minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak antarabangsa, mencatatkan peningkatan 0.01 peratus kepada AS$70.16, mengekalkan momentum kenaikan, kata peniaga.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata harga minyak kukuh mendorong kepada sentimen risiko serantau yang positif.

“Bank Negara sebelum ini meningkatkan kadar faedah pada 2018 yang mendorong kepada kenaikkan ringgit,” katanya kepada BERNAMA.

Innes berkata, pasaran ringgit akan bergerak pada sentimen dolar AS yang lebih meluas minggu ini, dengan pelabur membeli kepada kelemahan, manakala ringgit kekal kukuh.

Bagaimanapun, memandangkan latar belakang makro positif dan landskap ekonomi serantau yang kukuh, prospek ringgit kekal meningkat.

“Dibantu sedikit oleh prestasi dolar AS minggu ini, ringgit boleh capai RM3.85 sedolar,” katanya,

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9560/9597 daripada 2.9607/9648, namun menyusut berbanding yen 3.5563/5601 daropada 3.5456/5490.

Ringgit lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.4690/4736 daripada 5.5160/5222 dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.7976/8029 daripada 4.8185/8234 pada sesi penutup Jumaat. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana