Najib Masih PM, Ringgit Makin Kukuh Bukti Teori Pembangkang ‘Merepek’

Teori pihak pembangkang untuk melemahkan ekonomi negara sama sekali ‘merepek’.Persepsi mengenai jangkaan kejatuhan nilai mata wang yang sengaja dicipta sesetengah pihak hanyalah cakap-cakap yang cuba menimbulkan masalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu Malaysia akan menjadi bankrap, bukan isu baru malah fitnah tersebut sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi.

Pada awal tahun 2017,pembangkang sebelum ini dikatakan sudah menjangkakan ringgit, yang dijangka bergerak antara 4.50 dan 4.60 berbanding dolar AS pada separuh pertama tahun ini, boleh meningkat kepada 4.40 menjelang akhir tahun berikutan unjuran harga minyak minyak mentah naik kepada US$70 setong daripada kira-kira US$54 sekarang ini.

Ternyata ringgit kini semakin kukuh adalah bukti teori pembangkang ‘merepek’, kerana apa yang kita lihat pada masa sekarang ini, keadaan ekonomi dan hutang negara ketika ini masih terurus,terkawal malah nilai mata wang kini semakin kukuh.

Jika mengambil kira apa yang dikatakan oleh pembangkang dan penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pakatun), negara ini sudah beberapa kali bankrap.

Ringgit masih mengekalkan aliran pengukuhannya bersama-sama dengan mata wang negara Asia yang lain, dipengaruhi oleh prospek kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada separuh pertama tahun 2018.

Baru-baru ini, pada jam 5 petang khamis minggu lalu, ringgit dinyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) dikatakan berada pada paras 3.8950/8980 berbanding dolar daripada kadar 3.9110/9140 ketika penutupan urus niaga Rabu.

Menurut sumber, Ketua Pedagang Oanda Corp. bagi rantau Asia Pasifik, Stephen Innes berkata kedudukan itu menunjukkan pergolakan dolar AS sendiri berbanding pasaran pra-Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM.

Mata wang tempatan itu juga disokong oleh kenaikan harga minyak mentah global dan pada masa sama penyusutan kadar dolar AS.

Menurut Iness ketika itu, ia merupakaan penentuan nilai ringgit berdasarkan kepada keputusan mesyuarat BNM.

Beliau berkata jika pihak BNM memberi isyarat satu lagi kenaikan kadar untuk 2018, tindakan itu akan mencetuskan situasi menguji penurunan serta-merta ringgit kepada 3.70.

Tambahan lagi, nilai ringgit jelas semakin kukuh, apabila dilihat pada hari ini, nilai ringgit berada pada paras 3.87 berbanding sebelum ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, juga sebelum ini berkata pergerakan ringgit kini lebih mencerminkan pertumbuhan ekonomi dan tidak lagi dipengaruhi oleh aktiviti spekulasi.

Jelas ia hanyalah persepsi negatif terhadap negara demi kelangsungan ekonomi dan pengukuhan mata wang ringgit. Ketidaktentuan ekonomi terutama kejatuhan ringgit hanyalah sementara malah kestabilan nilai ringgit di bawah pentadbiran Najib lebih kukuh.

Dunia sedang menghadapi situasi normal ekonomi global. Kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya di setiap sudut.

Menurut sumber berkata, ia hanyalah isu jangka pendek. Pada masa akan datang, semuanya akan kembali normal. Malah, pelabur dan pedagang asing juga menyambut susut nilai ringgit kerana mereka menjual lebih banyak produk kita dan meningkatkan persaingan di pasaran.

Semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dalam menghadapi pasaran terbuka, akan ada penurunan dan kenaikan ringgit, harga komoditi dan harga minyak.

Justeru, persepsi negatif mengenai jangkaan kejatuhan nilai mata wang yang sengaja dicipta hanyalah teori ‘merepek’ pembangkang semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana