MALAYSIA BAKAL DAPAT MENARA PENCAKAR LANGIT TERTINGGI BAHARU JUN INI
Malaysia bakal mempunyai bangunan pencakar langit yang baharu apabila menara, The Exchange 106, yang dibangunkan menerusi projek mega The Razak Exchange (TRX) siap menjelang pertengahan tahun ini.
The Exchange 106 yang menjadi sebahagian daripada komponen projek TRX dan mempunyai keluasan 70 hektar itu, kini sudah 70 peratus siap, bakal mempunyai ketinggian 492.3 meter (m) dengan 106 tingkat.
Ia bakal merampas kedudukan Menara Berkembar Petronas setinggi 452m yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia dari 1998 hingga 2004, sebelum diatasi Menara Taipei 101 dari Taiwan setinggi 509.2 meter.
Struktur mega ini dibangunkan pemaju hartanah komersial terkemuka Indonesia, Mulia Property Development Sdn Bhd, iaitu syarikat subsidiari Mulia Group Indonesia.
The Exchange 106 bukan saja akan menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara tetapi tersenarai di antara 15 pencakar langit di dunia.
Walaupun menara itu adalah projek sulung kendalian Mulia Property Development di negara itu, namun ia berpengalaman luas membangunkan hartanah mewah premium sekitar Jakarta seperti Wisma Mulia; Mulia 2 dan Hotel Mulia Senayan di Indonesia.
Menara bertaraf lima bintang ini juga menjadi tumpuan berikutan ia menjadi penanda aras bagi industri pembinaan khususnya kaedah kerja yang dihasilkan termasuk kualiti bahan digunakan.
Siap sebelum tempoh ditetap
Kecekapan pemaju menyiapkan projek mega itu sebelum tempoh yang ditetapkan juga antara aspek utama dalam pembinaan ini.
Mulia Property Development dalam satu kenyataan, berkata menerusi mandat itu, pihaknya memberikan komitmen dan tumpuan kepada pembinaan dan infrastruktur, malah sebenarnya ia juga peluang keemasan sebagai pemaju.
“Sejak Mei 2016, pembinaan dijalankan secara berterusan, meskipun tiang asas konkrit pernah tenggelam namun ia dibaiki dalam tempoh singkat.
“Selain itu, ia juga berjaya dibaiki lebih awal daripada yang dijadualkan, membuatkan kaedah kerja menjadi cekap dan diuruskan dengan lebih baik,” katanya.
Bangunan ikonik ini dijadualkan siap pada suku kedua tahun ini, dengan kemasukan penyewa dijangkakan pada suku ketiga 2018.
Pengarah Projek Mulia, Roland Suckling, berkata bagi menetapkan standard, pihaknya melatih ramai pekerja mahir, di samping menempatkan pegawai pemeriksa kawalan dan jaminan kualiti memantau keadaan kawasan perindustrian.
Katanya, perolehan termasuk bahan digunakan akan sampai ke tapak pembinaan dalam memastikan penyerahan yang secara konsisten bagi tujuan meminimumkan masa pengendalian.
THE Exchange 106 bakal atasi ketinggian Menara Berkembar Petronas.
“Sebagai pemilik bangunan, menjadi tanggungjawab dan keutamaan kami untuk melindungi dan meningkatkan tahap kualitinya.
“Ini adalah sebahagian daripada falsafah kami ‘melakukannya dengan betul, kali pertama’ supaya dengan sifar kerosakan serta projek tidak tergendala untuk membuat pembetulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Gambaran terhadap menara The Exchange 106 ini, ia akan tampil dengan siling tinggi dengan kemasan kayu English Burl, lantai marmar dan pembinaan dinding berkualiti tinggi pada bahagian lobi.
Selain itu ruang pejabat seluas 34,000 kaki persegi dengan jarak yang memanjang, tujuannya direka sebegini untuk susun atur fleksibel dan konfigurasi pelan dalaman terbuka.
Akses utama bangunan terbabit iaitu lobi, The Exchange 106 menyediakan kawasan luas dan tinggi, setinggi 15 meter bagi memudahkan kedatangan pelawat serta kaunter penyambut tetamu bertaraf hotel lima bintang.
Mulia Property Development percaya, The Exchange 106 akan menjadi mercu tanda di Malaysia bukan setakat kerana ketinggiannya tetapi keunikan infrastrukturnya, menjadi tetapan piawaian bangunan tinggi yang pada masa akan datang. – Berita Harian

Comments