KEKECOHAN DALAMAN BONGKAR MUSLIHAT SEBENAR PAKATAN HARAPAN

Kekecohan yang berlaku dalam Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan semalam telah membongkar muslihat sebenar pembentukan pakatan diketuai DAP dalam menjaga kepentingan peri­badi pemimpin tertentu berban­ding membela nasib ahli-ahli akar umbi.

Bekas Setia­usaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, kekecohan tersebut berlaku kerana ahli akar umbi merasakan PPBM seperti telah dibuli atau dipergunakan oleh DAP dan PKR semata-mata mahu mendapatkan undi orang Melayu.

Dakwa beliau, PPBM merelakan parti itu menerima kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) paling sedikit kerana kepemimpinan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha menyediakan jentera pilihan raya paling utuh di Kedah dan Johor yang dianggap sebagai ‘maruah’ parti.

“Satu lagi perkara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu pernah mengelar bekas-bekas ahli PPBM sebagai ‘sampah’, sekarang lihatlah bagaimana sampahnya anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang langsung tidak dihormati akar umbi dalam konvensyen berkenaan.

“Akar umbi marah kerana Pakatan Harapan tidak berlaku adil dalam pembahagian kerusi, enam kerusi DUN yang diberikan merupakan kawasan hitam iaitu kubu kuat parti lain dan tiada peluang untuk dimenangi PPBM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kekecohan yang dicetuskan sekumpulan ahli PPBM gara-gara tidak berpuas hati kerana menerima kerusi DUN Negeri Sembilan paling sedikit iaitu enam kerusi berbanding 12 mewakili PKR, DAP (11) dan PAN (tujuh).

Sementara itu, bekas Exco Ang­katan Bersatu Anak Muda, Mohamad Taufik Abas mendedahkan­ baha­wa rasa tidak puas hati dengan kepemimpinan PPBM bukan hanya berlaku di Negeri Sembilan, malah di seluruh negara.

Dakwanya, punca tidak puas hati tersebut tercetus ke­rana wujud elemen kronisme dalam hal-hal berkaitan pembahagian kerusi.

“Ahli akar umbi inilah yang paling banyak berkorban untuk parti, mereka inilah yang panjat pokok gantung bendera dan sebagainya, namun akhir­nya suara mereka diketepikan.

“Saya berpendapat, kekecohan di Negeri Sembilan berlaku kerana konvensyen dilakukan secara terbuka berbanding tertutup sebelum ini. Apabila terbuka, sudah pasti ramai yang bersuara dan tidak puas hati, maka mulalah berlakunya kekecohan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana