ENGGAN MENGAKU WARGA MALAYSIA, SUATU PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir disifatkan tidak patriotik apabila lebih rela mengaku sebagai warganegara Brunei daripada negaranya, Malaysia.

Malah, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, kenyataan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada negara.

“Tindakan itu yang dilihat mempunyai kecenderungan mensabotaj negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemuda UMNO Kedah ingin berpesan kepada Mukhriz untuk mempunyai batasan tertentu apabila berpolitik dan jangan terlalu ekstrem apabila membuat ucapan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut melontarkan cabaran kepada anak sulung Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat penafian secara terbuka bahawa beliau pernah membuat kenyataan tersebut di sebuah majlis di Baling.

“Kita lihat wujudnya unsur-unsur cubaan menyelamatkan Mukhriz oleh pihak-pihak tertentu bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut, namun bukti video amatur jelas membuktikan beliau secara terang membuat kenyataan yang tidak patriotik tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana