WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!

Mantan PM dan bekas diktator Malaysia telah meminta maaf semasa AGM PBBM yang berlangsung pada hari ini. Ironinya 2 tahun sebelum itu dan selama beliau memerintah Malaysia, tidak sesekali beliau mahu minta maaf dan mengakui kesilapan serta kezaliman beliau.

Hakikatnya, lafaz minta maaf yang diucapkan Mahathir tersangatlah murah di mata rakyat Malaysia. Kenapa? Mudah saja. Bila diri dah tersepit, keperluan semakin terdesak dan terlalu gilakan kuasa, beliau telah menggunakan talian hayat terakhir beliau iaitu untuk pancing simpati dengan meminta maaf.

Sekiranya Mahathir mengakui beliau telah lakukan dosa dan benar-benar zalim seperti yang digebang Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, maka adakah Mahathir sebenarnya benar-benar salah dalam isu liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim? Adakah beliau bersalah dalam isu membunuh Ibrahim Libya di Memali? Dan adakah beliau bersalah memperdaya rakyat bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvinist? Atau adakah ini semua satu lagi sinetron drama dari bekas diktator berusia 92 tahun yang masih gilakan kuasa?

Setelah keluar dari UMNO, jangka hayat politik Mahathir semakin malap dan semakin dekat dengan penghujungnya. Kita semua tahu perjuangan PPBM hanyalah dendam kesumat terhadap UMNO kerana PM Najib Razak telah menolak permintaan-permintaan pelik Mahathir, antaranya untuk mengekalkan kuasa anak beliau Mukhriz. Kita tidak dapat melihat sebarang perjuangan untuk rakyat, yang dijadikan modal ceramah dan di media sosial hanyalah imbauan sejarah #RinduZamanTun atau edisi throwback ketika Mahathir masih berkuasa. Itu sahaja.

Anehnya, Mahathir bersungguh-sungguh meminta maaf atas dosa-dosa beliau sebelum ini namun tidak pula beliau meminta maaf kepada Sultan Selangor dan Johor setelah mengutuk suku kaum Bugis dalam beberapa perjumpaan dengan rakyat sekitar tahun ini. Maka, sangat mudah untuk rakyat menilai betapa retoriknya permohonan maaf dari Mahathir yang tiada nilai keikhlasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana