Tunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra

SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tunku Aziz yang mengulas laporan Malaysia Today berkata, dakwaan berkenaan menunjukkan betapa mantan perdana menteri itu sanggup melakukan apa saja demi survival anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

"Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket Umno dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya dalam satu sidang media.

Terdahulu blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin menerusi blognya, Malaysia Today mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

"Mahathir tahu Mukhriz hanya boleh menjadi Perdana Menteri jika dia berada di Umno dan bukan jika dia berada dalam PPBM atau Pakatan Harapan (PH)," demikian tulis blogger itu.

Justeru Tunku Aziz yang juga bekas Naib Pengerusi DAP turut menggesa Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberikan reaksinya mengenai dakwaan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana