TIADA NEGARA DI DUNIA LAKSANA PERKHIDMATAN SEPERTI UTC – NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkhidmatan seperti yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) hasil usaha kerajaan setakat ini tidak mampu dilaksanakan di mana-mana negara lain.

“Saya pergi (melawat), saya tanya dengan rakan-rakan (sejawat) yang lain…tak ada.

“Sebab UTC ini buka sehingga pukul 10 malam tiap-tiap hari kecuali cuti umum sahaja, dan inilah satu daripada tarikannya… satunya bawah satu bumbung, keduanya buka sampailah lewat malam, ” kata perdana menteri semasa berucap merasmikan UTC pertama di Negeri Sembilan di Ampangan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Perbendaharan, Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.

UTC Negeri Sembilan merupakan UTC ke-20 yang dibangunkan menelan belanja RM34.26 juta dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan menggunakan bangunan sedia ada.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL