PMSP Cabar Mahathir Buat Laporan Polis Dakwaan Kehilangan RM161 Bilion...Ada Saja Ideal Madey Ni Dekat PRU

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad buat laporan polis berkaitan dakwaan beliau yang Bank Negara Malaysia (BNM) sudah kehilangan RM161 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) itu, dalam laporan polis berkenaan Mahathir perlu menyertakan sekali bukti dalam bentuk dokumen tentang kehilangan itu dan bukan hanya buat kenyataan media di portal pro-pembangkang sahaja.

“Mahathir mendakwa Bank Negara kerugian RM161.6 bilion di bawah Najib, tapi beliau hanya buat kenyataan itu di laman sosial Facebook sahaja.

“Saya minta Mahathir buat laporan polis yang rasmi dengan bukti yang menyokong dakwaan beliau bukan hanya seperti apa yang dia lakukan sekarang?” kata Ramesh.

Ramesh dalam kenyataan itu mempersoalkan waktu pendedahan itu dibuat oleh Mahathir iaitu ketika proses siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan skandal dagangan mata wang asing (Forex) sekitar tahun 90-an itu sedang berjalan dan laporan itu dikatakan hendak diedarkan kepada orang ramai.

Beliau berkata laporan RCI sebelum ini mengesyorkan bahawa Mahathir dan bekas Menteri Kewangan pada masa itu Anwar Ibrahim disiasat oleh polis kerana dikatakan tahu dan menyembunyikan fakta berkaita kerugian RM31 bilion yang dilaporkan akibat skandal itu.

“Kita tahu hari ini, Tun Mahathir dikatakan sudah memfailkan saman untuk mengisytiharkan laporan RCI itu tidak sah dan terbatal,” kata Ramesh.

Ramesh berkata semua pihak tahu saman ini difailkan Mahatahir kerana hasil siasatan RCI akan diedarkan kepada orang ramai dan orang ramai akan membaca perbuatan sebenar bekas Perdana Menteri ketika skandal itu pada masa itu.

Mahathir kemudian cuba mengalihkan perhatian semua pihak kepada dakwaan terbaru yang dibuat olehnya iaitu BNM kehilangan sejumlah wang, dakwa Ramesh.

“Oleh sebab itu, PMSP mendesak Mahathit buat laporan polis tentang dakwaannya itu dan biar polis siasat perkara berkenaan dan mengambil tindakan yang sepatutnya,” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana