Dengki Melihat Melayu Bersatu!!!!KERJASAMA PAS-UMNO BERI KESAN BURUK SEGENAP MASYARAKAT, KATA SYED FARID

Sebarang kerjasama antara Umno dan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 sehingga membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan buruk kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan sahaja umat Islam, kata Ahli Sosiologi Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Prof Syed Farid Alatas.

Syed Farid berkata kemenengan BN dengan dibantu oleh Pas akan memberi kesan paling jelas kepada orang bukan Islam dan orang Islam liberal kerana Umno terpaksa tunduk kepada kemahuan parti Islam itu.

Dalam artikel diterbitkan East Asia Forum sebelum ini, Syed Farid meramalkan pemerintahan BN akan kekal menguasai kerajaan untuk tahun-tahun akan datang sekiranya persepakatan dapat dicapai antara Umno dan Pas.

“Umno tahu permainan itu – ia boleh memerintah selama-lamanya selagi mana Pas mengizinkan. Umno takut pada kuasa pilihan raya dalam tangan Pas yang boleh digunakan terhadap Umno. Pas juga sedar perkara itu,” kata Clive Kessler dalam artikel itu.

“Itulah asas kerjasama mereka – kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan. Situasi itu memihak kepada Pas dan diterima baik oleh Umno,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan BN yang akan datang bakal melaksanakan dasar Islamisasi gaya Pas jika parti pemerintah kerajaan itu bersedia bekerjasama dengan parti Islam dalam pilihan raya umum ini.

Syed Farid turut mengkritik sikap pihak berkuasa agama di negara ini kerana menumpukan kepada soal khalwat dan hudud, sebaliknya tidak bersungguh-sungguh menanggani isu rasuah.

Katanya lagi, jika seandainya Umno dan Pas benar-benar memperjuangkan Islam, maka pastinya perbasana mengenai isu rasuah akan menjadi fokus nasional.

Namun menurutnya hal tersebut tidak berlaku kerana Islam hanya menjadi modal politik Pas dan Umno dalam memenangi hati pengundi dan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL