Kuala Lumpur Ke-10 Bandaraya Paling Popular Dilawati Di Dunia
Bandaraya Kuala Lumpur hari ini disenaraikan di tempat ke-10 bandaraya paling banyak dilawati di dunia atau dalam bahasa mudahnya paling popular dalam kalangan pelancong.
Bagaimanapun untuk kali ke sembilan berturut-turut, Hong Kong terus kekal di kedudukan pertama sebagai bandaraya paling kerap dan popular dilawati.
Ranking itu dilaporkan oleh bahagian CNN Travel, dan ia adalah kaji selidik yang dilakukan oleh badan dikenali Euromonitor International untuk 2017 Top 100 City Destinations.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata kawasan di rantau Asia menarik kira-kira 26 juta orang pada tahun lepas dan ia dijangka akan meningkat kepada 44 juta orang menjelang tahun 2025.
Di tempat kedua, dengan kehadiran pelancong kira-kira 21.25 juta pada 2016 dengan peningkatan hampir 10 peratus ialah Bangkok. Saingan terdekat Bangkok menduduki tempat ketiga dengan kehadiran 19.2 juta pelancong tahun lepas ialah London.
Orang ke London dijangka meningkat kepada 19.8 juta pada tahun ini.
“Bandar-bandar di Asia mendominasi kedudukan 100 paling atas dengan 41 bandaraya pada tahun ini dan dijangka ia akan mencecah 47 bandaraya pada tahun 2025,” menurut kaji selidik itu.
Kuala Lumpur di tangga ke-10 dengan kehadiran kira-kira 12.29 juta orang pelancong pada tahun 2016 dan dijangka mencecah 12.8 juta tahun ini, peningkatan 4.5 peratus.
Ibu negara Malaysia itu mendahului banyak lagi bandaraya terkenal di dunia lain seperti Tokyo (Jepun), Istanbul (Turki), Seoul (Korea Selatan), Miami (Amerika Syarikat), Barcelona (Sepanyol) dan Mumbai (India).
Kedudukan ini menunjukkan perkembangan ekonomi negara membuatkan pelancong menjadi lebih tertarik untuk datang ke Malaysia memandangkan sistem pengangkutannya yang sudah menjadi lebih baik dan efisien hasil kepimpinan pentadbiran yang telus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments