ISU PLAZA TOL BARU, PLUS JELAS CUMA SETAKAT 31 DISEMBER

Tular dalam kalangan netizen mengenai isu Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah ke lokasi baharu mulai esok namun ia sebenarnya hanya beroperasi sehingga 31 Disember ini.

Malahan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa ia berikutan pengumuman pemansuhan tol tersebut dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu.

“Lokasi baharu itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu.

“Ia akan dibuka serentak dengan pembukaan kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam,” menurut kenyataan itu.

Mulai 1 November, plaza tol baharu itu akan mula beroperasi pada 6 pagi hingga 2 pagi setiap hari berbanding tempoh operasi 6 pagi hingga 12 tengah malam sebelum ini.

Dalam pembentangan Bajet 2018 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL