Ini rampasan terbesar wang tunai dalam sejarah Jabatan Imigresen...RM13 juta

RM13 juta adalah rampasan wang tunai yang terbesar dalam sejarah Jabatan Imigresen.

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan mengenai rampasan itu dalam Ops Gegar untuk membenteras kegiatan maksiat sekityar Kota Kinabalu awal pagi Jumaat.

Katanya wang berkenaan ditemukan dalam sebuah bilik hotel dan sebuah rumah.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan wang tunai itu milik siapa dan untuk tujuan apa,"katanya dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Port Dickson Sabtu.

Beliau memberitahu dalam operasi itu, seramai 17 wanita warga negara Filipina telah diselamatkan manakala tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang kegiatan tidak bermoral itu telah ditahan.

Mustafar berkata, satu pasukan daripada ibu pejabat dihantar mengetuai dan menyelaras siasatan di Kota Kinabalu kerana kes itu adalah berprofil tinggi.

Katanya, semua anggota dan pegawai Imigresen yang terbabit dalam operasi dan siasatan kes terbabit sentiasa berwaspada dan bersiap sedia jika berlaku tindak balas daripada sindiket.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL