Alamakkkk.....Bekas penyelaras dakwa PPBM cuba tipu ahli

KUALA LUMPUR: Bekas Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali mempersoalkan alasan yang diberikan Ketua Penerangannya Datuk Kamaruddin Mohd Noor, mengenai isu penangguhan perhimpunan agung tahunan parti itu.

Malah beliau menyifatkan ia sebagai  langkah untuk menipu ahli parti mengenai kepincangan yang berlaku dalam perlembagaan parti berkenaan.

"Beliau (Kamaruddin) membuat kenyataan isu (penangguhan) itu sudah selesai kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan PPBM menangguhkan perhimpunan agung untuk enam bulan lagi.

"Sekiranya benar kenapa Setiausaha Agung PPBM tidak membuat sidang media dan mengeluarkan surat kelulusan penangguhan daripada ROS? Amat jelas Kamaruddin tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antarapos sebelum ini melaporkan, Kamaruddin sebagai berkata parti itu telah memperoleh tempoh lanjutan sehingga 18 bulan untuk mengadakan mesyuarat agungnya, iaitu setahun setengah selepas penubuhan PPBM pada 8 September 2016.

Malah beliau menyifatkan tindakan pimpinan beberapa bahagian PPBM Johor yang membuat aduan kepada RoS, seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.

Katanya lagi,  pihak berkenaan yang secara terus merujuk ke pihak media, sedangkan masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu terbabit.

Sebaliknya Arjuna berkata, berdasarkan perlembagaan rasmi PPBM yang disahkan oleh ROS, Fasal 28 - Pindaan Perlembagaan, sebarang pindaan hanya boleh dibuat melalui ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang dua per tiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan agung tahunan ataupun perhimpunan agung khas, dan mestilah diserahkan kepada ROS untuk mendapat kelulusan kuat kuasa pindaan terbabit.

Katanya, Kamaruddin juga terlupa bahawa persidangan bahagian harus terlebih dahulu diadakan sebelum perhimpunan agung dianjurkan berdasarkan Fasal 17.2 perlembagaan parti itu.

"Jika undang-undang sendiri pun tidak fasih dan bercelaru, mana mungkin orang sebegini mampu mentadbir negara. Ada juga kemungkinan Ketua Penerangan PPBM ini hanya menurut arahan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM) untuk membuat kenyataan dangkal sekali gus dijadikan sebagai kambing hitam oleh bekas Perdana Menteri itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS di Putrajaya berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

Lapan bahagian terbabit ialah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL