Kit Siang juga badut untuk DAP – Salleh

Berdasarkan kepada label terkini oleh veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa semua ahli politik adalah pelawak seperti mengata diri sendiri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Ini bermakna jika seseorang itu membela parti masing-masing daripada pembohongan dan serangan menjadikan mereka badut, maka setiap ahli politik adalah badut untuk parti masing-masing,” kata Bendahari UMNO itu.

Pada masa sama Salleh juga mahu mengetahui pendirian sebenar DAP terhadap ahli mereka yang gagal mengikut kehendak parti.

“Apabila orang menyokong parti, kamu memanggil mereka badut dan jika mereka tidak mengikut arahan parti kamu memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.

“Kit Siang perlu membuat pendirian bagaimana dia mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan masing-masing,” tulisnya dalam blog hari ini.

Terdahulu Penasihat DAP itu dilaporkan mendakwa bahawa dua ahli politik dari Sabah adalah ‘badut UMNO’ iaitu Salleh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Komuniksi dan Mutimedia itu juga bertanya kepada Kit Siang sama ada pemimpin DAP yang tidak bersetuju bekerjasama dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad juga boleh digelar sebagai badut.

Sementara itu, Salleh yang merujuk kepada insiden pada 2015 berkata Ahli Parlimen Gelang Patah itu terlalu suka memberikan gelaran tertentu kepada sesiapa yang tidak sependapat dengannya.

“Pada dua tahun lalu, Kit Siang melawat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memuji tindakan agensi itu.

“Bagaimanapun, hari ini dia membuat mereka marah dengan analogi tiga monyet dan meminta Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifi Ahmad serta pegawai kanan SPRM belajar bahasa Inggeris.

“Jadi apabila dia rasa boleh menggunakan SPRM untuk menyerang UMNO, SPRM adalah kawan. Tapi apabila mereka dianggap tidak lagi berguna untuk DAP, mereka adalah tiga monyet,” kata Salleh.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL