Kerajaan Selangor umpama ludah ke langit kena muka sendiri

Kerajaan Selangor yang diterajui PKR dibidas kerana sering menuding jari menyalahkan pihak Kerajaan Persekutuan bagi menutup kelemahan mereka.

Pegawai Khas Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan Kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merasa terpukul dengan langkah dan tindakan agresif kementeriannya menyelesaikan permasalahan yang berlaku di perumahan kos rendah serta rumah pangsa di negeri tersebut.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Noh bahawa Kerajaan Selangor ini seperti meludah ke langit dan terkena muka sendiri.

“Kerja yang sepatutnya mereka buat, masalah yang patut mereka selesai tidak dilakukan.

“Kita turun padang, memahami dan membantu rakyat yang mana mereka tidak pernah bantu pun, tak buat apa apa pun, akhirnya kerajaan negeri menuding jari dan mencemuh KPKT,” selar Johan dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Kerajaan Selangor Datuk Ir Iskandar Abdul Samad pegawai-pegawai Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Selangor bagaikan anak ayam kehilangan ibu dan tanpa pelbagai inisiatif yang diwujudkan kerajaan negeri pelbagai masalah di perumahan berstrata tidak dapat diselesaikan.

Iskandar juga mendakwa Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar hanya menangguk di air keruh apabila mengaku pegawai Persekutuan (Pegawai COB) yang ditempatkan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setelah melihat mereka berkhidmat dengan cemerlang.

“Semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dalam tahun 2008, Kerajaan Negeri baru yang telah menyusun semula struktur COB agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif,” kata Iskandar.

Jelas Johan, kenyataan Iskandar itu ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri yang cuba mengelirukan rakyat Selangor kononnya selama ini kerajaan negeri telah berjaya menyelesaikan masalah yang berkaitan kesejahteraan rakyat di rumah-rumah pangsa yang banyak di negeri itu.

“Dia cari point nak salahkan kerajaan pusat dan KPKT pula, padahal dia turun padang pun tak pernah.

“Sebenarnya tugas COB ini banyak dan kerajaan negeri tak pernah guide pun selama ini.

“Kita panggil pegawai-pegawai cob dan JMB penduduk bermesyuarat dengan KPKT setiap bulan. Kita dengar apa masalah yang timbul.

“Alhamdulillah, walaupun baru setahun Tan Sri Noh jadi Menteri KPKT, dah banyak berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku di rumah-rumah pangsa di Selangor.

“Jadi apa mereka buat, kata ada duit berbilion, dekat 10 tahun perintah Selangor, tempat Iskandar dan Azmin sendiri pun tak terjaga, malah KPKT yang berjaya menyelesaikan masalah penduduk di situ,” selar Johan yang juga ADUN Semenyih.

Johan juga mendakwa Iskandar dan Kerajaan Selangor menyalahkan Kerajaan Persekutuan demi menjaga kepentingan politik peribadi dan parti masing-masing.

“Berhentilah menuding jari kepada kerajaan pusat. Mereka ni ada agenda politik daripada nak jaga rakyat Selangor.

“Jelas kerajaan negeri amat lemah dalam tadbir urus menjaga negeri Selangor.

“Biar rakyat yang menilai dan mereka pun tahu bahawa kerajaan pusat telah membelanjakan ratusan juta untuk memperbaiki kualiti kehidupan rakyat yang tinggal di perumahan kos rendah dan rumah pangsa di Selangor,” jelas Johan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL