Kassim Ahmad meninggal dunia...

Tokoh kontroversi yang menjalani hidup penuh warna warni Kassim Ahmad,84, meninggal dunia pagi ini selepas koma sejak semalam.

Berita mendukacitakan itu disahkan peguamnya Rosli Dahlan.

"Beliau meninggal dunia pagi ini. Beliau koma sejak semalam," katanya.

Kassim 84, koma selepas menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat 16 September lalu.

Anaknya, Ahmad Shauqi, berkata bapanya mengadu mengalami kesukaran bernafas malam semalam dan terpaksa menggunakan topeng bantuan pernafasan.

Shauqi memberitahu beliau menerima panggilan dari ahli keluarga sekitar 5.00 pagi tadi memaklumkan Kassim dalam keadaan kritikal dan setibanya di hospital dari Pulau Pinang, cendekiawan itu dalam keadaan koma.

Kassim yang merupakan seorang inteektual Melayu dan pernah mengajar di London School Of Economic terkenal dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986.

Media melaporkan karyanya diharamkan beberapa bulan selepas diterbitkan manakala pihak berkuasa agama berpendapat penulisan tu mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Beliau merupakan antara aktivis sosialis di Malaysia, dan pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Dr Syed Hussin Ali, lama sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk menjadi PKR.

Beliau juga pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 5 tahun (1976-1981).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL