Tian Chua nak jadi hero... tarik rayuan kena penjara sebulan

Sebulan penjara tolak cuti mungkin hanya 22 hari Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua kena bermalam dalam tirai besi. Tapi mengenangkan namanya pun sudah semakin dilupakan, tindakan Tian Chua itu boleh menaikkan balik 'sahamnya' dikalangan penyokong pembangkang.
Itulah hakikatnya 'drama' sebabak yang dibuat oleh Tian Chua pagi Jumaat selepas melucutkan peguamnya yang juga Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran dan enggan meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan sebentar tadi.
Berikutan itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki mengarahkan Tian Chua menjalani hukuman penjara sebulan di Penjara Kajang bermula hari ini dan denda RM1,000.
Terdahulu Hakim Mohtaruddin menerima keputusan Tian Chua untuk tidak merayu dengan berkata itu merupakan hak beliau di bawah undang-undang. Hakim Mohtaruddin bersidang bersama Hakim Datuk Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Naib Presiden PKR itu sebelum ini membuat rayuan terhadap sabitan melanggar arahan polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada 2012.
Tian Chua disabitkan bersalah di bawah Akta Kawasan dan Tempat Larangan 1959 kerana menolak arahan meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas dia ditahan dalam perhimpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Latheefa Koya yang juga salah seorang peguam Tian Chua ketika ditemui di luar mahkamah berkata, kedudukan Tian Chua sebagai ahli Parlimen tidak terjejas.
Anggota Parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana