NAJIB MENJADIKAN MRT YANG DINAIKI MAHATHIR SEBAGAI SATU KENYATAAN.

Baru-baru ini, Tun Mahathir membawa isteri beliau menaiki MRT Laluan Sg. Buloh – Kajang dan menyatakan perkara berkenaan menerusi Twitter.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau sudah tentunya layak menaiki MRT yang dibina untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Cuma sedikit perkara yang perlu dinyatakan berhubung Mahathir dan MRT. Mahathir telah memperlekehkan usaha Najib memajukan sistem pengangkutan awam termasuk MRT dengan menyatakan bahawa Najib hanya menyambung apa yang dimulakan oleh beliau. Seperti yang umum tahu, Mahathir telah menjalankan projek LRT melibatkan dua sistem iaitu PUTRA dan STAR di samping Monorel semasa pemerintahan beliau.

Tetapi, memperlekehkan usaha Najib dengan mendakwa beliau hanya menyambung kerja Mahathir adalah sesuatu yang tidak matang. Bahkan, jika Mahathir ingin menggunakan hujah tersebut, bahkan Mahathir pun hanya meneruskan usaha yang dijalankan oleh British yang membina laluan keretapi sebelum negara ini merdeka.

Lagipun, Mahathir mungkin memulakan ‘projek LRT’ tetapi beliau tidak mengambil inisiatif untuk membentuk jaringan rel berintegrasi. Setelah memulakan projek tersebut, beliau tidak meneruskannya dan sebaliknya menumpukan kepada projek-projek yang lebih berprofil tinggi seperti membina litar lumba Sepang dan Menara Kuala Lumpur.

Mahathir mungkin memulakan projek LRT, tetapi Najiblah yang menjadikannya satu projek yang benar-benar memanfaatkan rakyat.

Seperti kata pepatah Inggeris, ‘Give credit where it’s due’. Mahathir ada sedikit jasa di dalam pembinaan MRT tetapi Najiblah yang menjadikan MRT satu kenyataan

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar