Double standard perjelas niat Tun M serang PM

Serangan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berkenaan dakwaan rasuah dipersoal, sedangkan beliau hanya membiarkan sahaja Lim Guan Eng yang sedang berhadapan tuduhan salah laku yang sama di mahkamah.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata sikap ‘double standard’ mantan perdana menteri itu jelas menunjukkan bahawa serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bermotifkan serangan peribadi semata-mata.

“Tun Dr Mahathir aktif dan giat menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhan kepimpinan Perdana Menteri antara slogan yang yang dimainkan adalah untuk mengubah dan membebaskan Malaysia dari gejala rasuah yang menurut beliau dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negara.

“Tetapi melihatkan realiti sebenar, apa yang dibuat Dr. Mahathir ini tersangatlah mengelirukan. Ini kerana rakan baik baru beliau dalam Pakatan Harapan iaitu Guan Eng dituduh dan akan dibicarakan bagi kesalahan rasuah.

“Bagaimana beliau boleh bercakap soal menghapuskan rasuah sedangkan orang yang duduk bersebelahan beliau adalah orang yang dituduh kerana kesalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sedang berhadapan dua pertuduhan rasuah iaitu meluluskan tanah pertanian kepada zon kediaman dan pembelian rumah di bawah harga pasaran.

Dalam perkembangan lain, Budiman yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut menyelar tindakan Dr Mahathir menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak atas penjanjian petroleum pada 1974 yang dikatakan berat sebelah.

“Kenapa selama 22 tahun memegang jawatan Perdana Menteri, Dt Mahathir tidak langsung mempunyai hati untuk mengubah perkara ini. Dek kerana dendam kesumat dan geram, beliau sanggup menyalahkan orang yang telah meninggal dunia tanpa ada rasa bersalah pada dirinya,” tambahnya.

Tegas Budiman, rakyat perlu menilai sejauh mana keikhlasan Pengerusi Pakatan Harapan itu.

“Ternyata beliau sendiri kini terkeliru dan cuba untuk mengelirukan.

“Dan sudah tentu, alasan yang akan diberikan beliau hanyalah sekadar ‘terlepas pandang’,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana