PAS Secara Terbuka Cabar PKR Dan Pakatan Harapan Di Selangor
Bahang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin terasa dengan kesemua parti yang ada di Malaysia sedang mempersiapkan semua jentera mereka bagi menghadapi hari amalan demokrasi di Malaysia. Tidak ketinggalan juga, kesemua parti sedang mempersiapkan calon masing-masing untuk diletakkan di kerusi DUN atau Parlimen yang bakal ditandingi.
Perkara ini tidak terkecuali oleh PAS dan Pakatan Harapan yang sehingga hari ini masih gagal mecapai kata sepakat untuk merealisasikan hasrat untuk menyaksikan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Salah sebuah negeri yang diber perhatian khusus oleh Pakatan Harapan dan PAS adalah negeri Selangor yang mempunyai 56 kerusi DUN untuk ditandingi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, PAS Selangor akan bertanding dis ekurang-kurangnya 42 kerusi DUN di Selangor dan sekaligus menidakkan keinginan PKR untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan mana-mana calon Barisan Nasional.
Lebih mengejutkan, seperti mengisytiharkan perang secara terbuka dengan PKR, Sallehen turut mengesahkan bahawa PAS akan meletakkan calon mereka di DUN Kajang, DUN yang diwakili oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Malah, beliau juga tidak kisah samada akan berlaku pertembungan satu lawan satu atau tiga penjuru dan lebih di mana sahaja DUN di negeri Selangor.
Nampaknya, PAS dan PKR di Selangor seperti sudah berkerat rotan. PAS sudah tidak lagi memperdulikan rayuan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mahu menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU ke 14 nanti. PAS dilihat mahu menjadi sebuah parti dominan di Selangor dengan menyingkirkan PKR, DAP, PPBM dan PAN dari menguasai negeri berkenaan.
Pengumuman ini juga dilihat sebagai pengisytiharan perang awal PAS buat DAP dan PAN yang dikatakan mahu meletakkan calon mereka di kerusi yang secara tradisinya ditandingi PAS. Malah, PAS juga langsung tidak menghormati kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR kerana bagi mereka, tiada sebarang perjanjian persefahaman antara PAS dengan mana-mana parti yang menganggotai Pakatan Harapan.
Melihat akan pengumuman Sallehin ini, nampaknya, hasrat semua pemimpin Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, tidak akan mungkin direalisasikan, setidak-tidaknya di negeri Selangor. PAS sudah tidak lagi peduli akan apa jua ancaman dari Pakatan Harapan kerana bagi mereka, mereka juga berhak untuk bertanding di mana kerusi yang mereka mahu.

Comments