MATA LEBAM : ORANG LAIN YANG BUAT, ORANG LAIN YANG KENA
Datuk Seri Najib Razak menggesa setiap anggota Umno menggunakan semangat juang atlet negara untuk mempertahankan rekod undi majoriti paling tinggi untuk kawasan Parlimen Pekan iaitu 35,613 undi yang diperolehnya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Pekan ini berkata tragedi 1999 yang menyaksikan beliau hampir kalah dengan majoriti 241 perlu dijadikan iktibar.Najib menyifatkan perkara itu yang dilalui semasa PRU 1999 sebagai pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan sehingga kini.
“Mimpi ngeri 1999 adalah kerana peristiwa mata lebam sehingga kita yang menjadi mangsa. Orang lain yang buat hal, orang lain pula yang terasa kesannya,” katanya merujuk kepada kejadian bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan kejadian dipukul semasa ditahan di Bukit Aman.
Peristiwa itu berlaku beberapa minggu selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan pengkritik lantang terhadap kepimpinan Najib sekarang.Ekoran kejadian itu undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menurun dengan ketara.
Selepas penurunan mendadak undi pada tahun 1999 Najib meningkatkan semula majoriti dalam 3 pilihan raya umum selepas itu iaitu 2004, 2008 dan 2013.
Dipetik Bernama, Najib sambil membuat perbandingan dengan kejohanan Sukan SEA Ke-29 yang sedang berlangsung kini berkata, anggota Umno perlu mencontohi semangat perjuangan yang dibawa atlet Malaysia dalam merealisasikan sasaran 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan.
Najib turut berkongsi pengalaman yang diperolehnya semasa menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos lalu di televisyen, yang berkesudahan dengan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menang 3-1.
“… yang sumbat dua bagi Malaysia adalah MIC, yang tukang sampaikan bola adalah UMNO dan dalam kes ini saya anggap seperti BN yang menang, tidak kiralah siapa yang skor asalkan bola masuk gol.“Ini bermaksud bila ada muafakat, kemenangan pasti dalam tangan. Satu lagi iktibar ialah kita sepatutnya menang 3-0, tapi pada saat akhir, defender buat silap walaupun dia tak sengaja.
“Apatah lagi dalam politik, jika kita sengaja buat silap, sabotaj atau jadi cah keting.. ini yang menyebabkan parti lawan boleh mengatasi parti kita. Saya sebut ini sebagai peringatan walaupun kita berada dalam keadaan yakin dan optimis,” katanya.Najib yang juga presiden Umno berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan hari ini.
Beliau juga berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai ruang untuk memperkemaskan jentera mereka dalam fasa-fasa terakhir sebelum ‘wisel’ dan ‘beduk’ PRU14 dibunyikan.Najib berkata hasil pemantauan menerusi persidangan perwakilan Umno di seluruh negara, beliau secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan jentera parti, namun menurutnya masih ada ruang untuk ia diperbaiki bagi memastikan BN menang besar dan terus kekal memegang tampuk pemerintahan negara.
“Keadaan kita dari segi kesiapsiagaan berada di tahap baik dalam erti kata kalau saya sebagai perdana menteri, nak pukul beduk ataupun atau tiup wiselnya, tahap kesiapsiagaan sudah baik. Namun kalau kita bersifat perfectionist (mementingkan kesempurnaan), kita tak akan berpuas hati sehingga segalanya sempurna.
“Saya masih anggap ada ruang untuk terus tingkatkan kesiapsiagaan, tingkatkan komitmen, termasuk dalam aspek penugasan masing-masing. Walaupun sudah dilakukan dengan baik, namun saya kira masih ada lagi ruang untuk tingkatkan apa yang patut kita lakukan untuk jamin kejayaan cemerlang dalam PRU14 nanti,” katanya.

Comments