Jentera PAS tidak akan jadi kuda tunggangan DAP, PKR lagi

Jentera PAS tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sebagaimana berlaku dalam PRU ke-13.

Penegasan tersebut dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan menjelaskan yang parti Islam itu tidak akan membiarkan jenteranya bekerja untuk memenangkan parti lain seperti sebelum ini.

“Apabila DAP dan PKR memenangi PRU ke 13 dengan bantuan jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Justeru, PRU ke 14 jentera PAS akan fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang UMNO BN dan PH untuk menang minima 5 negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada PH yang telah menutup pintu rundingan dengan PAS malam tadi serta mengerah semua jentera mereka untuk bekerja dan mengetuai kempen di negeri yang sudah pun diagihkan menjelang PRU.

“PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.

“PH sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14,” kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan malam tadi.

Mesyuarat Majlis Presiden PH yang bermula pada 9.30 malam sehingga tengah malam tadi turut menyelesaikan pembahagian kepimpinan mengikut negeri kepada parti komponen.

PKR dan PPBM masing-masing mendapat empat negeri manakala kedua-dua DAP dan PAN diberikan tanggungjawab untuk memimpin tiga negeri.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata PH bukan masa depan bagi rakyat Malaysia.

Ini kerana perjuangan mereka tidak merangkupi kepentingan rakyat seluruhnya, tetapi hanya jangka pendek mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri sahaja.

“PAS mahu menukar dasar berkerajaan berasaskan prinsip Islam yang meletak aqidah dan akhlak sebagai asas, dosa pahala sebagai neraca pertimbangan, syariat Islam sebagai landasan berekonomi dan bersosial serta menolak monopoli ekonomi oleh segelintir elit pemerintah, nepotisma dan kronisma serta pemborosan dalam pengurusan kewangannya,” tegasnya.

Justeru, Khairuddin berkata matlamat PAS dan PH jauh berbeza sekaligus adalah baiknya untuk terus tidak bekerjasama dalam perihal politik seperti dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana