REFORMASI SIA-SIA, PENYOKONG ANWAR DIPERMAIN BERPULUH TAHUN…

Sangat menarik apabila Anwar mengejutkan penyokong tegarnya tentang ‘dosa Mahathir’ terhadapnya hari ini apabila menyatakan bahawa ‘keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil..’, merujuk pada insiden 1998 dulu.

Hanya kerana melihat pada kemungkinan kuasa dan peluang untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar sanggup memperkecilkan segala pengorbanan, perjuangan dan airmata darah para penyokongnya, terutama mereka yang pernah menjadi ‘benteng bernyawa’.

Penulis takkan lupa. Melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana tindakan penyokong Anwar ketika itu membakar tayar, merosakan harta benda awam seperti tiang lampu, lampu isyarat dan memenuhi jalan raya di sekitar ibu negara.

Bukan puluhan ribu, malah ratusan ribu penyokongnya yang hadir mencetus kekecohan. Mereka berdepan dengan belantan pasukan FRU yang membelasah mereka bagai binatang, ditangkap dan dihumban tanpa bicara ke penjara.

Penyokong Anwar itulah juga yang rela bergadai nyawa berdepan pasukan keselamatan yang bersenjatakan gas pemedih mata, tembakan meriam air yang ‘gatal’ airnya selain dihambat bagai anjing kurap.

Mereka membentuk benteng manusia. Bersilang tangan berarak di atas jalan raya dengan jeritan ‘reformasi’, ‘maha zalim’, ‘maha firaun’ dan sebagainya. Jika dihitung pekikan menyuruh Mahathir letak jawatan, rasanya berjuta kali ia dilafazkan…

Ia bukan berlangsung selama seminggu, sebaliknya hampir dua tahun. Malah menurut salah seorang dari mereka yang terlibat, mereka pernah cuba melakukan sabotaj terhadap Mahathir dengan perancangan meletupkan molotov cocktail di temasya sukan komanwel, namun berjaya digagalkan pihak berkuasa.

Bukan sedikit pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan ada yang sanggup hilang kerja gara-gara gelombang reformasi ketika itu. Bukan hanya keringat, malah air mata dan darah turut tumpah dalam perjuangan mereka untuk Anwar menjatuhkan Mahathir.

Namun kini, segalanya remeh pada Anwar. Segala pengorbanan dan perjuangan itu hanya kecil baginya. Mungkin bagi Anwar, biarlah dia korbankan sedikit egonya asalkan dirinya berpeluang untuk berkuasa di negara ini.

Justeru itu penulis berpandangan bahawa para penyokong Anwar harus sedar bahawa mereka hanyalah bidak-bidak catur yang dicatur idola mereka itu. Mereka tidak lebih dari soldadu-soldadu yang dipermainkan Anwar demi mencapai citanya. Licik, bukan?

Dari mana Anwar belajar? Penulis yakin ilmu itu dipelajari dari Mahathir sendiri. Jika Mahathir mencatur penjawat awam, rakyat awam dan UMNO untuk menganggap DAP itu rasis, pemecah-belah dan keji, manakala Anwar tidak bermoral, peliwat, penzina, melakukan onani dan menyalah guna kuasa, bukankah ‘menti’nya mampu buat perkara yang serupa?

Pada hemat penulis, ia membuktikan analisis-analisis pakar sebelum ini yang memberi amaran tentang kelicikan ‘mentor dan menti’ ini. Menggunakan pengaruh yang ada, mereka mampu memperbodohkan ramai pengikut mereka dan rakyat yang malas berfikir.

Mujurlah para penyokong UMNO tersedar dan sangat kecewa bila menyedari mereka ‘dikencing’ Mahathir selama 22 tahun ini. Kami tidak akan tertipu lagi dengan ‘dua petualang negara’ ini. PRU ke-14 nanti, akan kami tentang mereka dan DAP habis-habisan..!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana