INGAT BOLEH U-TURN GITU SAJA, YANG BERPECAH KAT BAWAH NI APA CERITA?

BANTAHAN terbuka penyokong Pakatan terhadap kerjasama dengan Mahathir dalam satu forum yang diadakan baru-baru ini, membuktikan bahawa keputusan beberapa kerat yang di atas untuk bukan saja bekerjasama dengan Mahathir, malah melantiknya sebagai Pengerusi, adalah bukti Pakatan masih berbalah walaupun cuba digambarkan tidak ada masalah.

Mahathir, Anwar, Azizah, Kit Siang, Mat Sabu dan Guan Eng bolehlah bersahaja buat pusingan U demi kepentingan politik masing-masing sedangkan uak-puak ni terlupa bahawa sebahagian besar rakyat di negara ni, terutama orang Melayu dah berpecah belah kerana pendirian politik masing-masing sebelum U-turn dibuat.

Ada saudara mara yang bermasam muka sehingga ke hari, kawan putus kawan kerana berbeza idealogi politik bertahun-tahun dan sebagainya – datang puak-puak ni buat U-Turn begitu saja, mudah sungguh?  Penulis secara peribadi masih tidak mesra dengan seorang bapa saudara kerana dia dulu marah Mahathir dan puja Anwar, sementara penulis dulu sokong Mahathir dan kondem Anwar.

Sekarang, walaupun setelah penulis tidak sokong Mahathir, dia masih tidak mesra dengan penulis kerana segan Mahathir yang dulu dia kondem sudah berbaik dengan Anwar yang dia puja.

Itu satu kisah saja, kita percaya lebih banyak kisah yang sama berlaku dibawau ni. Sebab itu bottom linenya, ramai tidak boleh hakikat dan menentang U-turn yang dibuat baik oleh Mahathir, Anwar, Azizah dan lain-lain sebab ini bukan berkenaan mereka sahaja, bahkan menjejaskan ramai orang yang lain juga.

Masing-masing yang cetus perbalahan sehingga ramai di kalangan rakyat terbabit ni dah tentulah kaya raya beberapa keturunan, bolehlah senang-senang tukar pendirian sedangkan yang terasa diperalat ini ialah rakyat.

Tak cukup buat u-turn saja ni, kena lebih lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana