Zenith: Adun DAP didesak untuk buktikan kenyataannya benar

Percanggahan fakta terhadap dua kenyataan yang berlainan dalam urusan pembayaran perundingan kepada Zenith Construction telah menjadi pertikaian dan keraguan mengenai fakta mana satu yang betul.

Adun Pulau Betong, Datuk Seri Muhammad Farid Saad berkata, kenyataan yang bercanggah ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan ingin disembunyikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada pengetahuan rakyat.

Justeru itu Muhammad Farid mendesak Adun DAP Bagan Jermal, Lim Hock Seng untuk mengesahkan fakta dalam kenyataan yang dibuat rakannya iaitu Adun DAP Padang Kota, Chow Kon Yeow adalah benar atau palsu.

“Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh Hock Seng semasa menjawab soalan saya di Sidang DUN yang lalu.

Oleh itu saya mohon Hock Seng memperjelaskan samada kenyataan yang dibuat oleh rakannya Chow Kon Yeow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya di Sidang DUN pada 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?” kata Farid dalam satu kenyataan media, Rabu.

Kenyataan Chow Kon Yeow pada 24 Jun 201 itu telah memetik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mempertahankan bayaran perundingan kepada Zenith Construction yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah menyatakan bahawa jumlah RM177.5 juta dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian DEIA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana