Siti Halang JAWI Serbu Acara Transgender, Hukuman 2 tahun Penjara

RAKYAT sering melihat bagaimana Siti Zabedah Kasim sering bertindak memprotes dan menghalang apa sahaja usaha yang memartabatkan agama Islam. Cuma kali ini mereka berpeluang melihat penyokong tegar pembangkang yang diketuai DAP itu didakwa atas tindakan melampau beliau.

Hari ini Siti didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.

“Hari ini, anak guam saya, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan,” kata peguamnya Roger Chan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Aktivis hak asasi manusia itu mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti Zabedah dengan sengaja menghalang pegawai Jawi daripada menjalankan serbuan tersebut dan meminta supaya tiada ikat jamin dibenarkan.

Chan dan pembantunya Rajsurian Pillai bagaimanapun memohon bon jaminan, yang diberikan oleh majistret.

Kesabaran pihak berkuasa ada batasannya. Mungkin ini akan menjadi pengajaran terhadap beliau yang sering memperlekehkan dan mempersendakan penjawat awam dengan provokasi melampau dan berterusan dalam banyak perkara.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL