Ribut kuat dalam kawasan tapi MP DAP tak turun padang

Bukanlah mengejutkan... tapi perbuatan tidak bertanggungjawab ini menunjukkan bahawa DAP hanya melalak siang malam mencari salah BN bukannya untuk berkhidmat pada rakyat.

MCA Bahagian Seremban menyelar tindakan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang tidak turun padang membantu mangsa ribut di Mantin, Ahad lalu.

Ketuanya, Siow Koi Voon berkata, pemimpin pembangkang itu tidak mempedulikan nasib yang menimpa mangsa sedang­kan pada hari kejadian.

“Perkara yang lebih menjelikkan adalah apabila ADUN Nilai, J. Arul Kumar memberitahu akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa Anthony berada di China atas urusan rasmi.

“Untuk makluman, MCA turut berada di majlis terbabit dan mendapati Anthony dan Arul Kumar duduk bersebelahan. Kami mahu tanya, makan malam lebih penting atau masalah penduduk,” katanya.

Ahad lalu, sebanyak 26 buah rumah rosak akibat dilanda ribut bersama hujan lebat di tiga kawasan berasingan di Mantin meliputi 21 rumah di Taman Desa Mantin, dua di Mantin Dalam, dua di Kampung Sungai Jai dan satu di Kampung Sungai Machang Hilir.

Menurutnya pada hari bencana, MCA yang diketuai Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon hadir menyalurkan bantuan kepada penduduk termasuk membaik pulih kediaman.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Koi Voon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak yang merosakkan tiga kain rentang milik parti itu, semalam.

Koi Voon berkata, kejadian kali ketiga itu berlaku apabila ke­semua kain rentang yang diletakkan di bandar ini ditusuk dengan pisau.

Lebih mengecewakan apabila pihak terbabit turut merosakkan wajah pemimpin parti termasuk Sin Woon.

“Kami (MCA) mengutuk keras tindakan tidak bertanggungjawab ini sekali gus menunjukkan budaya politik yang tidak sihat.

“Tiga kain rentang yang rosak pula membabitkan sambutan Hari Bapa, Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana