Kena Banned 2 Atau 3 Bulan Kena Keras Pihak Berkuasa Tu!!!!!!! The Star disiasat bawah Akta Hasutan - KPN

Polis telah memulakan siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas insiden penyiaran berita muka depannya yang menyinggung perasaan kaum Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya membuka dua kertas siasatan berhubung insiden tersebut kerana menerima banyak laporan.

"Kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab dan keterangan akan diambil untuk mengetahui siapa yang mengeluarkan gambar dan tajuk di halaman pertama akhbar itu Sabtu lalu," katanya selepas penyampaian sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada anggota keselamatan hari ini.

Paparan muka depan The Star pada Sabtu lalu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak apabila memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan dengan tajuk muka depannya ‘Malaysian Terrorist Leader’.

The Star pada semalam diberikan tempoh selama tujuh hari bagi menjawab surat tunjuk sebab mengapa ia tidak boleh dikenakan tindakan, susulan laporan muka depan itu.

Jika tidak, akhbar berkenaan bakal berdepan dengan tindakan penggantungan permit penerbitan, selain tindakan-tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Sebelumnya, The Star memohon maaf terhadap tajuk dan gambar pada muka hadapan surat khabar tersebut semalam yang mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Permohonan maaf yang disiarkan hari ini dalam laman sesawang akbar itu menyatakan,"Adalah menjadi amalam The Star untuk menghormati hari pertama Ramadan setiap tahun dengan meletakkan gambar umat Islam mengerjakan solat terawih di muka hadapan. Amalan ini telah dilakukan sedekad lalu.

"Tahun ini, terdapat satu kebetulan yang malang apabila tajuk utama berkaitan pemimpin pengganas dan ramai yang mengaitkan tajuk tersebut dengan gambar umat Islam sedang bersembahyang, yang tidak langsung menjadi niat akhbar ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana